Philips FC8715 Manual page 19

Hide thumbs Also See for FC8715:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sebelum penggunaan pertama
Memasang berus tepi
1 Buka berus tepi daripada bungkusannya dan terbalikkan robot di atas meja atau lantai.
2 Tolak berus tepi ke aci di bawah robot (Raj. 10).
Catatan: Pastikan anda menyambungkan berus tepi dengan sempurna. Tekannya ke aci sehingga
anda mendengarnya terkancing ke kedudukannya dengan bunyi klik.
Keluarkan tag perlindungan daripada unit kawalan jauh (FC8715, FC8710, FC8705)
Unit kawalan jauh berfungsi menggunakan bateri CR2025 berbentuk syiling. Bateri ini dilindungi
dengan tag perlindungan yang perlu dikeluarkan sebelum guna.
1 Tarik keluar tag perlindungan bateri daripada petak bateri unit kawalan jauh (Raj. 11).
Kini unit kawalan jauh sudah bersedia untuk digunakan.
Membuat persediaan untuk guna
Memasang stesen dok
1 Masukkan palam kecil penyesuai ke dalam soket pada stesen dok (1) dan masukkan penyesuai ke
dalam soket dinding (2) (Raj. 12).
2 Letakkan stesen dok di atas lantai rata dan mendatar ke dinding.
Catatan: Pastikan tiada halangan atau perbezaan ketinggian 80 cm di depan, 30 cm ke kanan dan
100 cm ke kiri stesen dok (Raj. 13).
Nota penting: mod tidur lena
Bagaimana untuk menetapkan semula robot apabila robot berada dalam mod tidur lena (robot tidak
respons):
- Tetapkan suis kuasa kepada posisi 'on' (hidup) (Raj. 14).
- Cas robot. Selepas beberapa saat, robot akan respons semula.
Catatan: Robot akan memasuki mod tidur lena setiap kali anda menetapkan suis kuasa kepada posisi
'off' (mati) dan apabila bateri sudah kosong. Sebagai contoh, bateri boleh kosong jika robot tidak
dapat mencari stesen doknya.
Pengecasan
Apabila mengecas untuk kali pertama dan apabila bateri boleh cas semula robot sudah kosong, masa
pengecasan ialah empat jam.
Robot anda boleh dicas dengan dua cara:
- Di stesen dok, secara manual atau automatik semasa guna;
- Dengan menyambungkan robot secara langsung ke sesalur.
Catatan: Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, robot anda boleh membersihkan
kawasan selama 100 minit.
Pengecasan di stesen dok
1 Tetapkan suis kuasa kepada posisi 'on' (hidup) (Raj. 14).
2 Tempatkan robot pada stesen dok yang dipasangkan palamnya (Raj. 15).
Bahasa Melayu
19

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8710Fc8705Fc8700

Table of Contents