Philips FC8715 Manual page 20

Hide thumbs Also See for FC8715:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
20
3 Penunjuk mula/henti mula berkelip dengan perlahan (Raj. 16).
4 Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, penunjuk mula/henti menyala secara
berterusan (Raj. 17).
Mengecas secara automatik semasa guna
1 Apabila robot telah selesai membersihkan kawasan atau apabila hanya ada baki 15% kuasa bateri,
robot itu akan secara automatik mencari stesen dok untuk mengecas semula. Apabila robot
mencari stesen dok, penunjuk mula/henti berkelip pantas (Raj. 19).
2 Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, penunjuk mula/henti menyala secara
berterusan.
Catatan: Robot itu hanya mencari stesen dok secara automatik apabila ia memulakan pembersihan
daripada stesen dok.
Mengecas secara langsung daripada sesalur
1 Tekan suis kuasa untuk menghidupkan robot.
2 Masukkan palam kecil penyesuai ke dalam soket pada robot (1). Masukkan penyesuai itu ke dalam
soket dinding (2) (Raj. 20).
3 Apabila robot disambung ke sesalur dengan betul, penunjuk mula/henti mula berkelip dengan
sangat perlahan. Ini menunjukkan bahawa robot itu sedang mengecas.
4 Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, penunjuk mula/henti menyala secara
berterusan.
Menyediakan bilik untuk aktiviti pembersihan
Sebelum anda memulakan robot bagi aktiviti pembersihan, pastikan anda mengetepikan semua objek
yang longgar dan mudah pecah daripada lantai (Raj. 21).
Ketepikan juga semua kabel, wayar dan kord daripada lantai.
Menggunakan robot anda
Bermula dan berhenti
1 Tekan butang mula/henti.
-
Anda boleh menekan butang mula/henti pada robot (Raj. 22).
-
FC8715, FC8710, FC8705: Anda juga boleh menekan butang mula/henti pada unit kawalan jauh
(Raj. 23).
2 Penunjuk mula/henti terus menyala dan robot mula membersihkan kawasan (Raj. 17).
3 Robot membersihkan kawasan dalam mod auto-pembersihan sehingga baterinya kurang kuasa.
Dalam mod auto-pembersihan, robot mengikuti urutan berulang corak Z, secara rambang,
mengikuti dinding dan corak pembersihan rapi (Raj. 18).
FC8715, FC8710, FC8705:
Catatan: Untuk memilih mod individu, tekan salah satu daripada butang mod pada unit kawalan
jauh. Lihat bahagian 'Pemilihan mod pembersihan' untuk butiran lanjut.
4 Apabila kuasa bateri berkurangan, penunjuk mula/henti mula berkelip dan robot mencari stesen
dok untuk mengecas semula (Raj. 19).

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8710Fc8705Fc8700

Table of Contents