Philips FC8715 Manual page 22

Hide thumbs Also See for FC8715:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
22
Catatan: Mod yang dipilih secara manual hanya aktif untuk beberapa minit. Selepas itu, robot bertukar
kepada mod auto-pembersihan.
Pemanduan manual
Anda boleh memandu robot secara manual dengan butang pada unit kawalan jauh (FC8715, FC8710,
FC8705).
1 Gunakan butang anak panah atas dan bawah serta kiri dan kanan butang mula/henti pada unit
kawalan jauh untuk mengemudi robot dalam bilik. (Raj. 33)
Catatan: Berhati-hati apabila anda memandu robot rapat dengan perbezaan ketinggian dan anak
tangga.
Catatan: Fungsi vakum dan berus tepi hanya berfungsi apabila robot dipandu ke hadapan. Butang
kiri, kanan atau belakang hanya untuk mengemudi robot tersebut.
Menggunakan butang masa pembersihan pada unit kawalan
jauh
FC8715, FC8710, FC8700: Tekan butang masa pembersihan pada unit kawalan jauh untuk membuat
robot membersihkan selama 35 minit. Apabila masa pembersihan tamat, robot kembali ke stesen dok
untuk mengecas semula (Raj. 34).
Menggunakan suis kuasa
Menetapkan kuasa kepada posisi 'off' meletakkan robot dalam mod tidur lena. Dalam mod ini, robot
tidak memberi respons lagi.
- Jika anda mahu mengecas robot, anda perlu menekan suis kuasa kepada 'on' (hidup).
- Jika robot memasuki mod tidur lena semasa guna, anda boleh mengaktifkannya semula dengan
menetapkan suis kuasa kepada 'on' (hidup) dan dengan mengecas robot tersebut. Selepas
beberapa saat, robot akan respons semula
- Apabila anda tidak akan menggunakan robot selama sebulan atau lebih, tekan suis kuasa kepada
'off' (mati) dan cabutkan palam stesen dok atau penyesuai untuk melindungi bateri boleh cas
semula dan untuk menjimatkan tenaga.
Isyarat dan maknanya
Robot mempunyai paparan dengan tiga penunjuk: penunjuk amaran, penunjuk mula/henti dan
penunjuk bekas habuk penuh. Jadual di bawah menerangkan makna isyarat tersebut.
Isyarat
Penunjuk mula/henti terus menyala.
Penunjuk mula/henti berkelip dengan perlahan.
Penunjuk mula/henti berkelip dengan pantas.
Penunjuk bekas habuk penuh menyala.
Penunjuk amaran menyala.
Maksud
Robot bersedia untuk membersihkan.
Robot sedang mengecas.
Robot sedang mencari stesen dok.
Bateri boleh cas semula robot rendah.
Bekas habuk telah penuh.
Robot diangkat semasa membersihkan kawasan.
Bampar robot tersangkut.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8710Fc8705Fc8700

Table of Contents