Briggs & Stratton 100600 Operator's Manual page 42

Hide thumbs Also See for 100600:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Hak Cipta © Briggs & Stratton, LLC, Milwaukee, WI, USA. Semua Hak Cipta
Terpelihara.
Enjin ini bukan untuk dijual di AS.
Buku panduan ini mengandungi maklumat keselamatan untuk memberi kesedaran
kepada anda tentang bahaya dan risiko berkaitan enjin dan bagaimana untuk
mengelakkannya. Ia juga mengandungi panduan untuk penggunaan dan penjagaan
enjin yang betul. Oleh kerana Briggs & Stratton, LLC tidak semestinya tahu peralatan
apakah yang akan dikuasakan oleh enjin ini, adalah penting untuk anda baca dan
fahamkan arahan-arahan ini dan panduan untuk peralatan tersebut. Simpan arahan
asal ini untuk rujukan masa hadapan.
Nota: Rajah dan ilustrasi dalam manual ini adalah disediakan untuk rujukan sahaja dan
mungkin berbeza daripada model spesifik anda. Hubungi wakil pengedar anda jika anda
mempunyai soalan.
Untuk alat penggantian atau bantuan teknikal, catatkan di bawah model enjin, jenis dan
nombor kod berserta tarikh pembelian. Nombor-nombor ini terdapat pada enjin anda
(lihat bahagian Ciri-ciri dan Kawalan ).
Tarikh Pembelian
Model Enjin - Jenis - Trim
Nombor Siri Enjin
Maklumat Kitar Semula
Semua bungkusan, minyak terpakai, dan bateri hendaklah
dikitar semula mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Keselamatan Pengendali
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
SIMPAN ARAHAN INI untuk kegunaan masa depan.
Simbol Amaran Keselamatan dan
Perkataan Isyarat
Simbol amaran keselamatan 
 digunakan untuk mengenal pasti maklumat
keselamatan mengenai bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan diri. Perkataan
isyarat (BAHAYA, AMARAN, atau AWAS) digunakan dengan simbol peringatan untuk
menunjukkan kemungkinan dan potensi kecederaan teruk. Selain itu, simbol bahaya
boleh digunakan untuk mewakili jenis bahaya. 
 
 BAHAYA menandakan bahaya yang, sekiranya tidak dielakkan, akan membawa
maut atau kecederaan serius. 
 
 AMARAN menandakan bahaya yang, sekiranya tidak
dielakkan, boleh membawa maut atau kecederaan serius. 
 
 AWAS menandakan bahaya yang, sekiranya tidak
dielakkan, boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana. 
 NOTIS  menandakan situasi yang boleh menyebabkan kerosakan pada produk. 
Simbol Keselamatan dan Makna
Maklumat keselamatan
mengenai bahaya yang
boleh mengakibatkan
kecederaan diri. 
Bahaya kebakaran 
Bahaya kejutan 
42
Mesej Keselamatan
Apabila Menambah Bahan Api
Apabila Menghidupkan Enjin
Baca dan faham Manual
Apabila Mengendalikan Peralatan
Pengendali sebelum
mengendali atau servis unit
ini. 
Bahaya letupan 
Apabila Menukar Minyak
Bahaya wasap toksik 
Apabila Mencondongkan Unit untuk Penyelenggaraan
Bahaya permukaan panas 
Bahaya objek dilontar –
Pakai pelindung mata. 
Bahaya reput fros 
Bahaya amputasi –
bahagian yang bergerak 
Bahaya haba termal 
AMARAN
Enjin-Enjin Briggs & Stratton® tidak direka untuk dan bukan untuk digunakan bagi
menjana: fun-kart; go-kart; kenderaan untuk kanak-kanak, untuk rekreasi atau
kenderaan pelbagai permukaan (ATV); motosikal; hoverkraf; produk-produk pesawat
udara atau kenderaan yang digunakan dalam acara kompetetif yang tidak dibenarkan
oleh Briggs & Stratton. Untuk maklumat mengenai produk perlumbaan kompetitif,
lihat www.briggsracing.com. Untuk kegunaan dengan kenderaan utiliti dan ATV
sebelah menyebelah, sila hubungi Briggs & Stratton Power Application Center
(Pusat Penggunaan Kuasa), 1-866-927-3349. Aplikasi enjin yang tidak betul boleh
menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
• Matikan enjin penjana dan biarkan ia sejuk sekurang-kurangnya 2 minit sebelum
membuka tukup bahan api.
• Isi tangki bahan api di luar atau di dalam kawasan yang mempunyai pengudaraan
yang baik.
• Jangan mengisi lebih tangki. Bagi membolehkan pengembangan bahan api,
jangan isi melebihi bahagian bawah leher tangki bahan api.
• Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan terbuka, api pandu, haba dan
sumber penyalaan lain.
• Periksa saluran bahan api, tangki, tukup dan kemasan dengan kerap untuk
keretakan atau kebocoran. Gantikan jika perlu.
• Jika bahan api tumpah, tunggu sehingga ia menyejat sebelum memulakan enjin.
• Pastikan palam pencucuh, peredam, tukup bahan api dan pembersih udara (jika
dilengkapi) berada di tempatnya dengan kemas dan selamat.
• Jangan mengengkol enjin dalam keadaan palam pencucuh dikeluarkan.
• Jika enjin dibanjiri bahan api, tetapkan pencekik (jika dilengkapi) ke posisi BUKA /
BEROPERASI, tolak pendikit (jika dilengkapi) ke posisi LAJU dan pusingkan
engkol sehingga enjin hidup.
• Jangan condongkan enjin atau peralatan pada sudut yang menyebabkan bahan
api tumpah.
• Jangan cekik karburetor untuk menghentikan enjin.
• Jangan sekali-kali menghidupkan atau menjalankan enjin dengan pemasangan
pembersih udara (jika dilengkapi) atau penapis udara (jika dilengkapi) dikeluarkan.
• Jika anda menyalirkan minyak dari tiub pengisi minyak atas, tangki bahan api
mesti kosong atau bahan api boleh bocor keluar dan menyebabkan kebakaran
atau letupan.
Bahaya bunyi bising –
Perlindungan telinga
disyorkan untuk penggunaan
lanjutan. 
Bahaya letupan 
Bahaya tendangan balik 
Bahaya bahan kimia 
Menghakis 
BRIGGSandSTRATTON.com

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

100800

Table of Contents