ResMed AirStart 10 APAP User Manual page 60

Hide thumbs Also See for AirStart 10 APAP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Produk
• Pengesan nadi jari jenis klip
• Modul data peranti CPAP dan dua tahap
• Penyesuai oksimeter peranti oksimeter dan CPAP dan dua tahap
• Pelembap dan tab air pelembap yang boleh dibersihkan
• Peranti kawalan titratan
• Peranti CPAP, dua tahap dan pengudaraan (termasuk unit bekalan kuasa luaran)
• Aksesori bateri
• Peranti diagnostik/saringan mudah alih
Waranti ini hanya tersedia kepada pengguna pertama. Ia tidak boleh dipindah milik.
Jika produk gagal di bawah keadaan penggunaan normal, ResMed akan memperbaiki atau
menggantikan, mengikut pilihannya, produk yang rosak atau mana-mana komponennya.
Waranti Terhad ini tidak meliputi: a) apa-apa kerosakan yang dialami akibat penggunaan yang tidak
betul, penyalahgunaan, pengubahsuaian atau pengubahan kepada produk; b) pembaikan yang
dijalankan oleh mana-mana organisasi perkhidmatan yang tidak dibenarkan dengan nyata oleh
ResMed bagi melaksanakan pembaikan itu; c) apa-apa kerosakan atau pencemaran disebabkan oleh
rokok, paip, cerut atau asap lain; dan d) apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh air yang tertumpah
ke atas atau ke dalam peranti elektronik.
Waranti adalah batal ke atas produk yang dijual, atau dijual semula, di luar kawasan pembelian asal.
Tuntutan waranti pada produk yang rosak mesti dibuat oleh pengguna asal pada masa pembelian.
Waranti ini menggantikan semua waranti yang dinyatakan atau tersirat lain, termasuk apa-apa
waranti yang tersirat bagi kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Sesetengah
kawasan atau negeri tidak membenarkan had ke atas tempoh sah waranti, jadi had di atas mungkin
tidak terpakai kepada anda.
ResMed tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan sampingan atau lanjutan yang
didakwa akibat daripada jualan, pemasangan atau penggunaan mana-mana produk ResMed.
Sesetengah kawasan atau negeri tidak membenarkan pengecualian atau had kerosakan sampingan
atau lanjutan, jadi had di atas mungkin tidak terpakai kepada anda.
Waranti ini memberi anda hak undang-undang tertentu, dan anda juga mungkin mempunyai hak lain
yang berbeza mengikut kawasan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hak waranti anda,
hubungi penjual ResMed tempatan atau pejabat ResMed anda.
Maklumat lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat tambahan mengenai cara
menggunakan peranti ini, hubungi penyedia penjagaan anda.
20
Tempoh waranti
1 tahun
2 tahun

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Airstart 10 cpap

Table of Contents