ResMed AirStart 10 APAP User Manual page 54

Hide thumbs Also See for AirStart 10 APAP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Peringatan dan amaran am
AMARAN
• Pastikan anda meletakkan tiub udara supaya ia tidak terbelit di sekeliling kepala atau leher.
• Pastikan kord kuasa dan palam berada dalam keadaan baik dan peralatan tersebut tidak
rosak.
• Jauhkan kord kuasa daripada permukaan panas.
• Jika anda mendapati apa-apa perubahan misteri dalam prestasi peranti, jika ia
menghasilkan bunyi luar biasa, jika peranti atau bekalan kuasa terjatuh atau disalah
kendali, atau jika penutupnya rosak, hentikan penggunaan dan hubungi pemberi
penjagaan anda atau Pusat Servis ResMed anda.
• Jangan buka atau ubah suai peranti. Tiada barang yang boleh diservis pengguna di dalam.
Pembaikan dan servis hanya boleh dilakukan oleh ejen servis ResMed yang bertauliah.
• Hati-hati dengan kejutan elektrik Jangan rendam peranti, bekalan kuasa atau kord kuasa
dalam air. Jika cecair tertumpah ke dalam atau atas peranti, cabut palam peranti dan
biarkan barang peranti kering. Sentiasa cabut palam peranti sebelum pembersihan dan
pastikan semua barang kering sebelum memasangnya semula.
• Oksigen tambahan tidak boleh digunakan semasa merokok atau dengan kehadiran api
terbuka.
• Sentiasa pastikan peranti dihidupkan dan aliran udara dihasilkan sebelum bekalan oksigen
dihidupkan. Sentiasa menghidupkan bekalan oksigen sebelum peranti dimatikan, supaya
oksigen yang tidak digunakan tidak terkumpul dalam penutup peranti dan mewujudkan
risiko kebakaran.
• Jangan lakukan sebarang tugas penyelenggaraan semasa peranti beroperasi.
• Peranti tidak boleh digunakan bersebelahan atau bertindan dengan peralatan lain. Jika
penggunaan bersebelahan atau bertindan adalah perlu, peranti harus diperhatikan untuk
menentukan operasi yang normal dalam konfigurasi di mana ia akan digunakan.
• Penggunaan aksesori selain daripada yang ditentukan untuk peranti tidak disarankan. Ia
boleh menyebabkan peningkatan pelepasan atau penurunan imuniti peranti.
• Sentiasa memeriksa penapis anti-bakteria bagi tanda-tanda kelembapan atau bahan cemar
lain, terutamanya semasa nebulisasi atau pelembapan. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan peningkatan rintangan sistem pernafasan.
PERHATIAN
• Gunakan barang dan aksesori ResMed sahaja dengan peranti. Barang bukan ResMed
mungkin mengurangkan keberkesanan rawatan dan/atau merosakkan peranti ini.
• Hanya gunakan topeng bolong yang disarankan oleh ResMed atau oleh doktor yang
memberikan preskripsi dengan peranti ini. Pemasangan topeng tanpa peranti mengalirkan
udara boleh menyebabkan nafas ulang udara hembusan. Pastikan lubang bolong topeng
tidak tersumbat dan tidak tersekat bagi mengekalkan aliran udara segar ke dalam topeng.
• Berhati-hati supaya tidak meletakkan peranti di mana ia boleh dilanggar atau di mana
seseorang mungkin tersadung kord kuasanya.
• Penyekatan tiub udara dan/atau salur masuk udara peranti semasa beroperasi boleh
menyebabkan peranti menjadi terlalu panas.
• Pastikan kawasan sekitar peranti kering, bersih dan tanpa sebarang benda (contohnya
pakaian atau peralatan tempat tidur) yang boleh menyekat salur masuk udara atau
menutup unit bekalan kuasa.
• Jangan letakkan peranti pada sisinya kerana air mungkin masuk ke dalam peranti.
• Penyediaan sistem yang tidak betul boleh menyebabkan bacaan tekanan topeng yang
salah. Pastikan sistem dipasang dengan betul.
14

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Airstart 10 cpap

Table of Contents