ResMed AirStart 10 APAP User Manual page 50

Hide thumbs Also See for AirStart 10 APAP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan keluarkan kad SD daripada peranti apabila lampu SD berkelip kerana data sedang ditulis pada
kad.
Untuk mengeluarkan kad SD:
1. Buka penutup kad SD.
2. Tolak kad SD ke dalam untuk melepaskannya. Keluarkan kad SD daripada peranti.
Letak kad SD ke dalam sampul pelindung dan hantarkan semula kepada penyedia penjagaan
anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kad SD, rujuk folder pelindung kad SD yang
diberikan bersama peranti anda.
Nota: Kad SD tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan lain.
Mengembara
Anda boleh membawa peranti AirStart 10 anda ke mana sahaja anda pergi. Perkara berikut perlu
diingat:
Gunakan beg kembara yang disediakan bagi mengelak daripada kerosakan pada peranti.
Kosongkan pelembap dan bungkus secara berasingan dalam beg kembara.
Pastikan anda mempunyai kord kuasa yang bersesuaian untuk kawasan yang dilawati. Untuk
mendapatkan maklumat mengenai pembelian, hubungi pembekal penjagaan anda.
Jika anda menggunakan bateri luar, matikan pelembap untuk memaksimumkan hayat bateri.
Lakukan ini dengan mengalihkan Humidity Level (Tahap Kelembapan) kepada Off (Mati).
Mengembara dengan kapal terbang
Peranti AirStart 10 anda boleh dibawa ke dalam kapal terbang sebagai bagasi bawa sendiri. Peranti
perubatan tidak termasuk dalam had bagasi bawa sendiri anda.
Anda boleh menggunakan peranti AirStart 10 anda di dalam kapal terbang kerana ia memenuhi
syarat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Surat pematuhan perjalanan udara boleh dimuat
turun dan dicetak daripada www.resmed.com.
PERHATIAN
Jangan gunakan peranti dengan air dalam pelembap di dalam pesawat kerana risiko
penyedutan air semasa gelora.
10

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Airstart 10 cpap

Table of Contents