ResMed AirStart 10 APAP User Manual page 41

Hide thumbs Also See for AirStart 10 APAP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAHASA MELAYU
Selamat Datang
AirStart™ 10 APAP and AirStart 10 CPAP adalah peranti Tekanan Saluran Udara Positif Automatik
(APAP) dan Tekanan Saluran Udara Positif Berterusan (CPAP) ResMed.
AMARAN
• Baca keseluruhan panduan ini sebelum menggunakan peranti.
• Gunakan peranti mengikut tujuan penggunaan yang diberikan dalam panduan ini.
• Nasihat yang diberikan oleh doktor yang memberi preskripsi kepada anda perlu diikuti
terlebih dahulu sebelum maklumat yang diberikan dalam panduan ini.
Indikasi penggunaan
AirStart 10 APAP
Peranti AirStart 10 APAP yang melaras sendiri perlu disyorkan untuk rawatan apnea tidur
obstruktif (OSA) bagi pesakit yang mempunyai berat badan lebih daripada 66 lb (30 kg). Ia bertujuan
untuk digunakan di rumah dan hospital.
Pelembap ini bertujuan untuk kegunaan seorang pesakit sahaja dalam persekitaran rumah dan boleh
diguna semula dalam persekitaran hospital/institusi.
AirStart 10 CPAP
Peranti AirStart 10 CPAP ini disyorkan untuk rawatan apnea tidur obstruktif (OSA) bagi pesakit yang
mempunyai berat badan lebih daripada 66 lb (30 kg). Ia bertujuan untuk digunakan di rumah dan
hospital.
Pelembap ini bertujuan untuk kegunaan seorang pesakit sahaja dalam persekitaran rumah dan boleh
diguna semula dalam persekitaran hospital/institusi.
Kontraindikasi
Terapi tekanan saluran udara positif mungkin adalah kontraindikasi bagi sesetengah pesakit yang
mengalami masalah sedia ada yang berikut:
penyakit paru-paru bula yang teruk
Pneumotoraks
tekanan darah rendah patologi
dehidrasi
kebocoran bendalir serebrospina, pembedahan tengkorak baru-baru ini, atau trauma.
Bahasa Melayu
1

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Airstart 10 cpap

Table of Contents