ResMed AirStart 10 APAP User Manual page 48

Hide thumbs Also See for AirStart 10 APAP:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menanggalkan
1. Pegang pelembap di bahagian atas dan bawah, tekan perlahan-lahan dan tarik keluar daripada
peranti.
2. Buka pelembap dan buang air yang masih tinggal.
3. Pegang kaf tiub udara dan tarik perlahan-lahan jauh dari peranti.
4. Pegang kedua-dua kaf tiub udara dan pemutar ayun topeng, kemudian tarik perlahan-lahan untuk
memisahkannya.
Membersih
Anda perlu membersihkan peranti setiap minggu seperti yang dinyatakan. Rujuk panduan pengguna
topeng untuk mendapatkan arahan terperinci mengenai pembersihan topeng anda.
1. Cuci pelembap dan tiub udara di dalam air suam menggunakan detergen yang lembut.
Jangan cuci di dalam alat pencuci pinggan mangkuk atau mesin mencuci pakaian.
2. Bilas pelembap dengan sempurna dan biarkan kering jauh dari cahaya matahari dan/atau haba
langsung.
3. Lap bahagian luar peranti dengan kain kering.
Nota:
Pelembap boleh dicuci di dalam mesin cuci pinggan mangkuk pada kitaran lembut atau barangan
kaca (rak atas sahaja). Ia tidak boleh dibasuh pada suhu melebihi 65ºC.
Jangan cuci tiub udara dalam mesin cuci pinggan mangkuk atau mesin basuh.
Kosongkan pelembap setiap hari dan lap dengan teliti menggunakan kain pakai buang, yang
bersih. Biarkan kering jauh dari cahaya matahari dan/atau haba langsung.
8

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Airstart 10 cpap

Table of Contents