Samsung ME731K Owner's Instructions And Cooking Manual page 6

Samsung microwave oven owner's instructions and cooking guide
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan alat ini
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam
kenderaan jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan
yang serupa dll.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam
ketuhar. Berhati-hati semasa memanaskan masakan atau
minuman yang mengandungi alkohol kerana wap alkohol
boleh terkena bahagian ketuhar yang panas.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan
di atas kaunter atau atas kaunter sahaja; ketuhar gelombang
mikro ini tidak harus diletakkan di atas kabinet. (Model atas
kaunter sahaja)
AMARAN : Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai
menjadi panas semasa penggunaan. Berhati-hati agar tidak
menyentuh elemen-elemen pemanas. Kanak-kanak berusia
kurang daripada 8 tahun seharusnya dijauhkan melainkan
sentiasa diselia.
AMARAN : Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan
ketuhar tanpa penyeliaan apabila arahan yang mencukupi
telah diberikan supaya kanak-kanak tersebut boleh
menggunakan ketuhar dengan cara yang selamat dan
memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat in boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun
ke atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai
penggunaan alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya
bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa seliaan.
AMARAN : Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak
boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang
cekap.
AMARAN : Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak
cekap menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan
yang melibatkan kerja menanggalkan penutup yang
memberi perlindungan daripada pendedahan kepada tenaga
gelombang mikro.
ME731K_XSM-MA DE68-03893F.indd 6
AMARAN : Pastikan alat ini dimatikan sebelum
menggantikan lampu bagi mengelakkan kemungkinan
kejutan elektrik.
AMARAN : Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan
di dalam bekas yang dikedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN : Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan
menjadi panas semasa digunakan. Untuk mengelakkan luka
kebakaran, kanak-kanak kecil harus dijauhkan dari alat ini.
AMARAN : Pemanasan minuman menggunakan gelombang
mikro boleh menyebabkan pendidihan letusan lewat, oleh itu
anda harus berhati-hati apabila mengendalikan bekas; Untuk
mencegah situasi ini SENTIASA beri masa biar sekurang-
kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan supaya suhu
boleh menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan, jika
perlu, dan SENTIASA kacau selepas memanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN
CEMAS berikut:
Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk
selama sekurang-kurangnya 10 minit.
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
Jangan bubuh sebarang krim, minyak atau losen.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar
tidak menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN : Kandungan botol makanan bayi dan balang
makanan bayi harus dikacau atau digoncang dan suhunya
diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi mengelakkan
luka terbakar;
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan fizikal, deria
atau mental yang kurang, atau tidak berpengalaman dan
berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga
dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama,
ketuhar harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan
kemudian baru digunakan.
6
2011-09-10
1:39:26

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents