Download Print this page

Philips WP3822 User Manual page 50

Hide thumbs Also See for WP3822:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
50
Bila harus menggantikan kartrij penuras
Jangka hayat kartrij penuras yang sebenar bergantung pada kualiti air
tempatan dan tekanan air. Untuk mendapatkan prestasi optimum penuras
air, gantikan kartrij penuras jika salah satu daripada situasi berikut terjadi:
-
Paparan menunjukkan bahawa kapasiti turas yang tinggal adalah
0 liter dan ia terus berkelip.
-
Gentian geronggang kartrij penuras (nampak melalui tingkap kartrij)
telah bertukar menjadi colat karat atau kelabu tua (lihat bahagian
'Penunjuk penggantian kartrij').
-
Anda telah menggunakan kartrij penuras selama enam bulan.
-
Jumlah air tulen berkurangan dengan banyak.
-
Air yang dituras masih berbau busuk atau masih keruh
selepas penulenan.
Penunjuk penggantian kartrij
Untuk membantu anda memastikan bila untuk menggantikan kartrij
penuras, penulen air dan setiap penggantian kartrij penuras dibekalkan
dengan penunjuk penggantian kartrij yang berkod warna dan lekat sendiri
. Letakkan penunjuk penggantian ini di tempat yang sesuai bagi rujukan di
masa hadapan.
Petua: Keluarkan tukup kartrij penuras dan lekatkan penunjuk penggantian
kartrij pada bahagian dalam penutup. Periksa warna gentian geronggang
kartrij penuras melalui tingkap penuras dari semasa ke semasa. Jika warna
penuras sepadan dengan coklat karat atau kelabu tua yang ditunjukkan
pada penunjuk penggantian kartrij, gantikan kartrij penuras (Gamb. 28).
Jangka hayat kartrij penuras yang lebih singkat
Kartrij penuras mempunyai hayat yang lebih singkat dan hendaklah
digantikan lebih kerap dalam situasi berikut:
-
Tekanan air sangat rendah.
-
Paip dan tangki air telah haus.
-
Paip air tercemar kerana aktiviti kerja memasang paip atau
pembersihan tangki air.
-
Apabila anda menggunakan air keruh sejurus selepas hujan lebat.

Hide quick links:

Advertisement

loading