Makita DRT52 Instruction Manual page 45

Cordless trimmer
Hide thumbs Also See for DRT52:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menyesuaikan tonjolan bit
pemangkas
Untuk melaraskan tonjolan bit, longgarkan nat ibu jari
dan gerakkan tapak ke atas atau ke bawah seperti yang
dikehendaki dengan memutarkan skru pelaras. Selepas
melaraskan, ketatkan nat ibu jari dengan kukuh untuk
mengukuhkan tapak.
► Rajah5: 1. Tapak 2. Skala 3. Tonjolan bit 4. Nat ibu
jari 5. Skru pelaras
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan sebelum
menjalankan sebarang kerja pada alat.
Memasang atau menanggalkan bit
pemangkas
PERHATIAN:
Jangan ketatkan nat sesimpai
tanpa memasukkan bit pemangkas, atau kon
sesimpai mungkin pecah.
PERHATIAN:
Hanya gunakan perengkuh
yang disediakan bersama alat.
Masukkan bit pemangkas sepenuhnya ke dalam kon
sesimpai dan ketatkan nat sesimpai dengan kemas
dengan dua perengkuh. Untuk menanggalkan bit, ikut
prosedur pemasangan secara terbalik.
► Rajah6: 1. Longgarkan 2. Ketatkan 3. Pegang
Menukar kon sesimpai
PERHATIAN:
Gunakan saiz kon sesimpai
yang betul untuk bit pemangkas yang anda ingin
gunakan.
PERHATIAN:
Jangan ketatkan nat sesimpai
tanpa memasang bit pemangkas atau kon
sesimpai mungkin pecah.
1.
Longgarkan nat sesimpai dan tanggalkan.
2.
Gantikan kon sesimpai yang dipasang dengan kon
sesimpai yang dikehendaki.
3.
Pasang semula nat sesimpai.
► Rajah7: 1. Kon sesimpai 2. Nat sesimpai
Memasang atau menanggalkan
tapak pemangkas
1.
Longgarkan nat ibu jari tapak pemangkas, dan
kemudian masukkan alat ke dalam tapak pemangkas
untuk menjajarkan rak pada alat dengan gear taji pada
tapak pemangkas.
2.
Ketatkan nat ibu jari.
► Rajah8: 1. Nat ibu jari 2. Rak 3. Gear taji
Untuk menanggalkan tapak, ikuti prosedur pemasangan
secara terbalik.
OPERASI
PERHATIAN:
kukuh dengan satu tangan pada perumah. Jangan
sentuh bahagian logam.
1.
Tetapkan tapak pada bahan kerja untuk dipotong
tanpa bit pemangkas melakukan apa-apa sentuhan.
2.
Hidupkan alat dan tunggu sehingga bit
pemangkas mencapai kelajuan sepenuhnya.
3.
Gerakkan alat ke hadapan di atas permukaan
bahan kerja, kekalkan tapak sedatar dan bergerak
dengan lancar sehingga pemotongan selesai.
► Rajah9
Apabila melakukan pemotongan bucu, permukaan
bahan kerja hendaklah berada pada belah kiri bit
pemangkas dalam arah suapan.
► Rajah10: 1. Bahan kerja 2. Arah pusingan bit
3. Pandangan dari bahagian atas alat
4. Arah suapan
Apabila menggunakan panduan lurus atau panduan
pemangkas, pastikan ia sentiasa berada di sebelah
kanan dalam arah suapan. Ini akan membantu untuk
memastikan ia sedatar dengan bahagian tepi bahan
kerja.
► Rajah11: 1. Arah suapan 2. Arah pusingan bit
3. Bahan kerja 4. Panduan lurus
NOTA: Menggerakkan alat ke hadapan dengan
terlalu laju boleh menyebabkan kualiti potongan yang
tidak baik, atau kerosakan pada bit pemangkas atau
motor. Menggerakkan alat ke hadapan dengan terlalu
perlahan mungkin membakar dan mencacatkan
potongan.
Kadar suapan yang betul bergantung pada saiz bit,
jenis bahan kerja dan kedalaman potongan.
Sebelum memulakan potongan pada bahan kerja
sebenar, buat potongan sampel pada sekeping kayu
skrap untuk mempertimbangkan kelajuan suapan
yang sesuai.
Anda juga boleh mengesahkan tetapan bit
pemangkas dengan mengukur potongan sampel.
Panduan templet
Panduan templet menyediakan sarung tempat
bit pemangkas lalu melaluinya, membenarkan
penggunaan pemangkas dengan corak templet.
► Rajah12
1.
Longgarkan skru pengapit dan kemudian
keluarkan pemegang panduan dan pemesong serpihan.
► Rajah13: 1. Skru pengapit 2. Pemegang panduan
3. Pemesong serpihan
2.
Longgarkan skru dan keluarkan pelindung tapak.
► Rajah14: 1. Pelindung tapak 2. Skru
3.
Letakkan panduan templet pada tapak dan
letakkan semula pelindung tapak. Kemudian kukuhkan
pelindung tapak dengan mengetatkan skru.
45 BAHASA MELAYU
Sentiasa pegang alat dengan

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents