Download Print this page

Hitachi PV-X95N Instruction Manual page 89

Cordless stick vacuum cleaner

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
● Semasa mengecas bateri, pastikan suhu ambien adalah antara 5°C dan
35°C.
Mengecas bateri dalam suhu di luar julat ini mungkin menghalang bateri
daripada dicas sepenuhnya. Akibatnya, bateri mungkin mengambil masa
yang lama untuk mengecas, atau anda mungkin hanya boleh menggunakan
pembersih vakum untuk masa yang singkat, Kegagalan mematuhi amaran ini
mungkin menyebabkan bateri menjadi rosak.
● Jika bateri masih mengecas lebih lama daripada masa pengecasan yang
ditetapkan, cabut palam penyesuai AC.
● Jangan sentuh bateri untuk jangka masa yang lama semasa mengecas
atau mengendalikan pembersih vakum.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan luka bakar
ringan.
● Simpan pembersih vakum di lokasi dengan kelembapan yang rendah
atau habuk dan serpihan yang sedikit.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan penjanaan haba
atau asap, pecah, atau kebakaran.
● Sila pasang/tanggalkan bateri mengikut arahan yang dinyatakan dalam
panduan pengguna.
● Keluarkan bateri yang habis daripada alat dan lupuskan bateri ini dengan
cara yang selamat.
● Jika anda tidak berniat untuk menggunakan alat untuk masa yang lama,
bateri hendaklah ditanggalkan.
Nota penggunaan
Untuk mengelakkan kerosakan dan masalah lain, sila ikut arahan yang berikut. Sila baca
arahan ini dengan teliti, dan menggunakan pembersih vakum mengikut arahan ini.
● Jangan benarkan pembersih vakum,
kepala kuasa, penyesuai AC atau
aksesori sambungan mengalami
kejutan fizikal yang kuat.
Kegagalan untuk mematuhi amaran
ini mungkin menyebabkan perubahan
bentuk atau kerosakan.
● Jangan gunakan pembersih vakum
untuk membersihkan objek yang
berikut.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini
mungkin menyebabkan bau pelik atau
kerosakan.
Air atau cecair lain, objek basah, atau
bahan pengering.
Sejumlah besar pasir atau serbuk, tali
panjang atau benang, tau kaca.
AWAS
● Jangan tunggang pembersih vakum,
kepala kuasa atau aksesori lampiran.
Melalukan demikian boleh menyebabkan
pincang fungsi.
● Keringkan dengan teliti bahagian
yang dicuci dengan air.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini
mungkin menyebabkan bau pelik atau
kerosakan.
MALAYSIA 89

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Pv-x90n