Download Print this page

Hitachi PV-X95N Instruction Manual page 83

Cordless stick vacuum cleaner

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Langkah keselamatan
Bahagian ini menerangkan langkah keselamatan yang mesti diikuti untuk mengelakkan
kecederaan kepada pengguna atau orang lain, atau kerosakan kepada harta benda. Sila
baca dengan teliti dan ikuti langkah berjaga-jaga dalam manual ini.
■ Keterukan kecederaan atau kerosakan yang mungkin berlaku jika langkah berjaga-
jaga ini diabaikan atau pembersih vakum digunakan secara tidak wajar dikelaskan dan
diterangkan di bawah. Hitachi tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan
atau kerosakan yang berlaku akibat mengabaikan langkah berjaga-jaga ini.
■ Peranti mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
● Jangan baiki atau ubah suai mana-mana bahagian pembersih vakum. Jangan buka
mana-mana bahagian pembersih vakum melainkan diarahkan dalam manual ini.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kebocoran bateri,
penjanaan haba, kebakaran, atau kecederaan.
● Untuk pembaikan, sila hubungi ejen perkhidmatan Hitachi yang sah.
● Jauhkan pembersih vakum dan penyesuai AC daripada air dan cecair lain.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan bateri pecah, kebakaran,
pincang fungsi, atau kejutan elektrik.
● Jangan sambungkan terminal pembersih vakum dan penyesuai AC dengan objek
logam seperti wayar dan pin.
Jangan bawa atau simpan dengan rantai, penyepit rambut logam, dsb.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan pembersih vakum pincang
fungsi atau menyebabkan bateri menjadi litar-pintas, mengakibatkan kebocoran, penjanaan
haba, pecah, atau kebakaran.
● Jangan buang ke dalam api atau mengenakan haba.
● Jangan cas, gunakan atau biarkan berhampiran sumber haba seperti api atau
dapur, di bawah cahaya matahari langsung atau di dalam kereta yang terdedah
kepada matahari, dsb.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan bateri bocor, menjana haba,
pecah, berasap, kebakaran, berubah bentuk, atau pincang fungsi.
Alat ini dicadangkan untuk penggunaan
dalam isi rumah dan penggunaan
serupa seperti:
- Kawasan dapur kakitangan di kedai,
pejabat dan persekitaran kerja yang
lain;
- Rumah ladang;
- Oleh klien di hotel, motel dan
persekitaran jenis kediaman yang lain;
- Persekitaran jenis Penginapan dan
Sarapan
- Alat tidak sesuai untuk kegunaan
industri.
Waranti akan terbatal jika alat digunakan
untuk tujuan industri atau komersial.
Alat ini direka untuk menyedut habuk
dan kotoran. Jangan cuba menggunakan
alat pada objek besar yang boleh
menyekat dan merosakkan alat.
Alat ini tidak direka bentuk untuk
membersihkan orang atau haiwan.
Guna aksesori Hitachi yang asli sahaja
apabila menggantikan bahagian.
BAHAYA
AMARAN
Periksa sama ada voltan sesalur pada
label penarafan sepadan dengan
bekalan sealur tempatan anda.
Elakkan kerosakan pada kabel kuasa
dengan tidak memicit, membengkok,
atau menggosok kabel kuasa pada bucu
tajam.
Elak menggunakan kabel sambungan
atau penyambung berbilang titik. Palam
masuk alat terus ke dalam soket dinding
jika boleh.
Jauhkan bahan pembungkus daripada
capaian kanak-kanak.
Jangan bongkar alat dalam apa jua
keadaan. Tiada tuntutan waranti diterima
untuk kerosakan akibat pengendalian
yang tidak betul.
Jauhkan rambut, kain perca, jari, dan
semua bahagian tubuh badan daripada
bukaan dan bahagian yang bergerak.
Kegagalan untuk melakukan sedemikian
boleh menyebakan kejutan elektrik atau
kecederaan diri.
Sila ikut langkah keselamatan ini.
MALAYSIA 83

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Pv-x90n