Download Print this page

Hitachi PV-X95N Instruction Manual page 86

Cordless stick vacuum cleaner

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Kepala kuasa (alur masuk)
● Jangan biarkan pembersih vakum berjalan untuk jangka masa yang lama
dengan alur masuk tersumbat.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan panas yang
melampau, menyebabkan kebakaran atau perubahan bentuk pembersih vakum
dan kepala kuasa.
● Sebelum melakukan penyelenggaraan pada pembersih vakum,
tanggalkan kepala kuasa daripada pembersih vakum.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kecederaan.
● Jangan pasang mana-mana bahagian pembersih vakum ini pada objek
selain daripada pembersih vakum ini.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan panas yang
melampau, menyebabkan kebakaran atau perubahan bentuk kepala kuasa.
● Jangan gerakkan kepala kuasa ke kiri dan ke kanan semasa ia
menghadap ke depan.
Melakukannya mungkin merosakkan lantai atau fabrik,
● Jangan gunakan mana-mana sambungan ini jika ada objek asing
(termasuk pasir atau kerikil kecil) tersangkut pada sambungan.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin mengakibatkan kerosakan pada
lantai atau permukaan kain.
● Jangan gunakan pembersih vakum di bawah atau antara selimut.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan panas yang
melampau, menyebabkan kebakaran atau perubahan bentuk.
Lain-lain
● Semasa membawa pembersih vakum, jangan pegang bekas habuk.
Pembersih vakum mungkin jatuh dan menyebabkan kecederaan atau
merosakkan lantai.
● Jauhkan daripada api.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan litar pintas akibat
perubahan bentuk pembersih vakum, menyebabkan kebakaran.
Jika pembersih hampagas digunakan berhampiran nyalaan, ekzos daripada
pembersih vakum mungkin menyebabkan nyalaan membesar menjadi
kebakaran.
● Matikan pembersih vakum sebelum melakukan penyelenggaraan.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kecederaan.
● Jangan letakkan stesen pengecasan di tempat pemeluwapan embun
berlaku atau di tempat yang lembap.
Perkara ini mungkin mengubah warna dinding.
● Jangan lepaskan pembersih vakum, kepala kuasa, penyesuai AC, stesen
pengecasan atau mana-mana aksesori sambungan dari tempat tinggi.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kecederaarn atau
kerosakan kepada lantai atau bahagian yang terjatuh.
● Jangan melihat terus ke dalam lampu LED.
Melakukan sedemikian mungkin menyakitkan mata anda.
MALAYSIA 86
AWAS

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Pv-x90n