Download Print this page

Hitachi PV-X95N Instruction Manual page 87

Cordless stick vacuum cleaner

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Lain-lain
● Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan alat.
● Alat ini tidak dicadangkan untuk penggunaan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberi
pengawasan atau arahan mengenai penggunaan alat oleh orang yang
bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
● Hanya benarkan kanak-kanak berumur sekurang-kurangnya 8 tahun
untuk menggunakan penyesuai AC. Beri arahan yang mencukupi supaya
kanak-kanak dapat menggunakan penyesuai AC dengan cara yang
selamat dan terangkan kepada kanak-kanak bahawa ini bukan mainan
untuk bermain.
● Arahkan kanak-kanak untuk tidak mengecas semula bateri yang tidak
boleh dicas semula kerana bahaya letusan.
● Periksa penyesuai AC dengan kerap untuk kerosakan, terutamanya Kord,
palam dan penutup. Jika penyesuai AC rosak, ia tidak boleh digunakan.
● Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
● Jangan sekali-kali mengendalikan ata tanpa penapis.
● Bersihkan penapis apabila perlu.
Bateri (bateri litium-ion)
● Jangan sambungkan bateri kepada apa-apa selain daripada pembersih
vakum ini. Jangan buka, ubah suai atau pateri bateri. Jangan cas bateri
apabila ia tidak disambungkan kepada pembersih vakum.
Penggantian bateri hendaklah dilakukan oleh juruteknik servis yang
terlatih.
Jangan alih keluar bateri kecuali semasa membuang pembersih vakum ini.
Sila berunding dengan ejen perkhidmatan Hitachi yang sah.
● Jangan sentuh terminal atau sambungkan terminal dengan menggunakan
barang logam seperti wayar dan pin.
● Jangan angkut atau simpan bateri dalam bekas yang sama dengan objek
logam seperti rantai, penyepit rambut, syiling atau kunci.
● Jangan biarkan bateri terkena renjatan fizikal yang kuat. Contohnya,
jangan masukkan paku ke dalam bateri, ketuk bateri dengan tukul, pijak
bateri, atau baling bateri.
● Jauhkan daripada api.
● Jangan biarkan bateri berhampiran sumber haba seperti api atau dapur,
di bawah cahaya matahari langsung, atau di dalam kereta di bawah
cahaya matahari.
● Jangan gunakan sebarang bateri selain daripada yang ditentukan untuk
pembersih vakum ini.
● Jangan letakkan bateri di dalam ketuhar gelombang mikro atau ketuhar.
● Jangan tenggelamkan bateri di dalam air atau jenis cecair lain, atau
dedahkan bateri kepada air atau jenis cecair lain.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan bateri bocor,
menjana haba, pecah, asap, kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.
AWAS
BAHAYA
MALAYSIA 87

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Pv-x90n