Download Print this page

Hitachi PV-X95N Instruction Manual page 88

Cordless stick vacuum cleaner

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bateri (bateri litium-ion)
● Jika cecair di dalam bateri termasuk ke dalam mata anda, jangan gosok
mata tetapi basuh segera dengan air bersih, dan kemudian dapatkan
nasihat doktor serta-merta.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan pada mata anda.
● Jangan pintas litar terminal bekalan.
● Jangan gunakan bateri jika ia bocor atau mempunyai bau yang tidak
normal, perubahan warna, berubah bentuk atau kerosakan akibat terjatuh
atau anda melihat sesuatu yang luar biasa.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan penjanaan haba
atau asap, pecah atau kebakaran. Jika cecair daripada bateri bocor ke lantai, ia
mungkin merosakkan lantai.
● Jauhkan bateri daripada bayi dan kanak-kanak.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kejutan elektrik
atau kecederaan.
● Jika bateri bocor, jangan sentuh dengan tangan yang terdedah.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kerengsaan kulit.
● Jangan gunakan bateri berlainan jenis atau bateri lama dan baharu
bersama-sama.
● Jika cecair daripada bateri terkena pada pakaian anda, basuh segera
dengan air bersih. Jika cecair terkena pada kulit anda, dapatkan nasihat
doktor.
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini mungkin menyebabkan kerengsaan kulit.
● Cabut palam penyesuai dan keluarkan pek bateri sebelum sebarang
prosedur pembersihan atau penyelenggaraan.
● Bateri hendaklah dikeluarkan daripada alat sebelum membuang alat.
● Putuskan sambungan alat daripada bekalan kuasa sebelum
mengeluarkan bateri.
● Sila buang bateri terpakai mengikut undang-undang dan peraturan
tempatan.
MALAYSIA 88
BAHAYA
AMARAN

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Pv-x90n