Download Print this page

Panasonic MC-CL609 Operating Instructions Manual page 3

Advertisement

ARAHAN KESELAMATAN YANG PENTING UNTUK PENGGUNA
Untuk mengelakkan risiko berbahaya kepada pengguna produk ini atau yang berhampirannya dan
kerosakan harta benda, pastikan anda mengikuti langkah-langkah keselamatan tertera di bawah.
• Syarat-syarat berikut adalah untuk langkah-langkah keselamatan. Ia terbahagi mengikut tahap bahaya
atau kerosakan yang mungkin berlaku jika kandungannya diabaikan semasa menggunakan produk ini.
AMARAN
■ Jangan biarkan produk terpasang pada salur keluar soket. Palam mestilah dicabut dari salur keluar soket sebelum
membersihkan atau menyelenggara produk. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Produk ini bukan untuk penggunaan individu (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan fi zikal, deria atau mental
atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan tentang cara penggunaan produk
oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan produk. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan.
■ Jangan gunakan produk jika Kord Kuasa atau Palam rosak. Jika produk tidak berfungsi seperti yang sepatutnya atau telah
terjatuh, rosak, dibiarkan di luar rumah atau terkena air, sila rujuk Pusat Servis yang bertauliah. Jika tidak, boleh
mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Jika Kord Kuasa rosak, ia perlu ditukar oleh pembuat, ejen servis atau individu yang bertauliah untuk mengelakkan bahaya.
■ Jangan tarik atau angkat produk dengan menggunakan Kord Kuasa, jangan gunakan Kord Kuasa sebagai pemegang,
jangan biarkan Kord Kuasa tersepit pintu dan jangan tarik Kord Kuasa berhampiran bucu atau sudut tajam. Jangan
memvakum Kord Kuasa. Pastikan Kord Kuasa jauh dari permukaan panas. Jika tidak, boleh mengakibatkan kebakaran.
■ Pastikan Palam dimasukkan ke dalam salur keluar soket dengan ketat sebelum mengendalikan produk. Jika tidak, ia boleh
menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Bersihkan Palam dengan kerap. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Berhenti menggunakan produk dengan segera dan cabut Palam sekiranya keadaan tidak normal dan rosak. Jika tidak, ia
boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Jangan kendalikan palam atau produk dengan tangan yang basah. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam pembukaan dan jangan gunakan produk ketika ia tersumbat. Pastikan tiada
habuk, benang kusut, rambut dan apa-apa yang boleh menyumbat atau mengurangkan aliran angin.
■ Jauhkan rambut, pakaian longgar, jari dan semua bahagian badan daripada pembukaan dan bahagian yang bergerak. Jika
tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Jangan gunakan produk tanpa Penapis dan Bekas Habuk. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Matikan produk sebelum mencabut Palam. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■ Jangan guna untuk menyedut bahan mudah terbakar atau penyala api atau apa-apa yang setaraf atau di kawasan yang
mungkin mempunyai bahan mudah terbakar. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Produk ini hendaklah diservis oleh Pusat Servis yang bertauliah dan hanya menggunakan alat gantian yang asli. Jika tidak,
boleh mengakibatkan kebakaran atau produk tidak beroperasi dengan betul.
■ Gunakan produk pada voltan yang ditetapkan. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■ Jangan menggunakan kord penyambung. Jika tidak, ia boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
AWAS
■ Untuk mengelakkan apa-apa kemungkinan kerosakan pada Kord Kuasa, jangan biarkan ia ditindih objek berat semasa
mengunakan produk. Ia boleh mengakibatkan kebakaran.
■ Semasa menggulungkan Kord Kuasa, sentiasa pegang Palam. Jika tidak, boleh mengakibatkan kemalangan
disebabkan terkena Palam.
Syarat-syarat ini memberi anda amaran bahawa kematian atau
kecederaan yang serius boleh berlaku disebabkan
pengendalian produk yang tidak betul.
Syarat-syarat ini memberi anda amaran bahawa kecederaan atau
kerosakan fi zikal harta benda boleh berlaku disebabkan pengendalian
produk yang tidak betul.
3

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Mc-cl607Mc-cl605Mc-cl603Mc-cl601