Download Print this page

Philips FC8796 Manual page 21

Hide thumbs Also See for FC8796:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penggantian
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual
Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips di negara anda (lihat
risalah jaminan seluruh dunia untuk maklumat perhubungan).
Menggantikan penuras
Gantikan penuras EPA jika terlalu kotor atau rosak (lihat 'Mengosongkan dan membersihkan bekas
habuk'). Untuk memperoleh penuras EPA baharu, pergi ke www.philips.com/support.
Menggantikan berus tepi
Gantikan berus tepi selepas sedikit masa untuk memastikan hasil pembersihan yang baik.
Catatan: Sentiasa gantikan berus tepi apabila anda melihat tanda-tanda kelusuhan atau kerosakan.
Kami juga mengesyorkan anda untuk menggantikan kedua-dua berus tepi pada masa yang sama.
Untuk memperoleh berus tepi baharu, pergi ke www.philips.com/support.
1 Untuk menggantikan berus tepi, genggam bulu kejur berus tepi yang lama dan tariknya keluar
daripada acinya.
2 Tolak berus tepi yang baharu ke dalam acinya.
Menggantikan bateri boleh cas semula
Jurutera servis yang bertauliah sahaja boleh menggantikan bateri robot yang boleh cas semula.
Bawa robot ke pusat servis Philips yang sah untuk menggantikan bateri tersebut apabila anda tidak
boleh mengecas semula bateri atau apabila kuasa bateri itu habis dengan cepat. Anda boleh
menemui butiran hubungan Pusat Perkhidmatan Pengguna Philips di negara anda dalam risalah
jaminan antarabangsa.
Menggantikan bateri unit kawalan jauh
1 Tolak tab (1) untuk membuka penutup petak bateri (2) dan tanggalkan penutup petak bateri (Raj.
9).
2 Keluarkan bateri AA yang telah kehabisan daripada petak bateri.
3 Masukkan dua bateri AA baharu (Raj. 10).
Catatan: Pastikan kutub + dan - bateri menghala ke arah yang betul.
4 Untuk memasang semula penutup petak bateri, masukkan dahulu cuping ke dalam bukaan dalam
bingkai petak (1) dan kemudian tolak ke bawah penutup (2) sehingga ia terkunci dengan bunyi klik
(Raj. 11). Kini unit kawalan jauh sudah bersedia untuk digunakan.
Catatan: Buangkan bateri pakai buang yang sudah kehabisan mengikut peraturan tempatan di
negara anda.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Amaran: Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila anda membuang perkakas
tersebut. Pastikan bateri kosong sepenuhnya apabila anda mengeluarkannya.
Bahasa Melayu
21

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Fc8794Fc8792Fc8792/01