Philips HD4917/00 Manual page 21

Induction cooker 7 menus 7 power lcd with timer white
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan mod memasak pratetap
Anda boleh memilih antara 7 mod memasak pratetap.
1
Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dan tekan butang Kuasa hidup/mati untuk
menghidupkan perkakas. (Gamb. 11)
Lampu penghidup kuasa dan lampu 'W' menyala. Paparan menunjukkan tetapan lalai
,
1400W. (Gamb. 4)
2
Tekan butang mod pratetap yang anda hendak gunakan.
Nota: Sebelum anda menekan butang Mula untuk mengesahkan mod yang anda pilih, anda masih boleh
beralih ke sebarang mod pratetap yang lain. Jika anda hendak menukar ke mod pratetap lain setelah
anda menekan butang mula, anda hendaklah mematikan perkakas dengan menekan butang Kuasa
hidup/mati. Kemudian tekan butang Kuasa hidup/mati sekali lagi untuk menghidupkan perkakas semula
dan memilih mod pratetap yang dikehendaki.
Lampu penunjuk di atas butang menyala (Gamb. 12).
,
3
Jika anda hendak memulakan pemasakan pada tetapan lalai mod pratetap yang dipilih, teruskan
dengan langkah 6.
Lihat tetapan lalai dan jadual masa memasak di atas untuk mendapatkan tetapan lalai dalam mod
memasak yang berlainan.
4
Jika anda hendak melaraskan tahap kuasa atau suhu memasak, tekan butang + dan -
. (Gamb. 7)
-
Jika tahap kuasa boleh dilaraskan, lampu 'W' menyala dan tahap kuasa akan berkelip. (Gamb. 9)
-
Jika suhu boleh dilaras, lampu 'C' menyala. (Gamb. 13)
Sesetengah tetapan tidak boleh dilaraskan. Lihat jadual di atas untuk mendapatkan maklumat
mengenai tetapan yang boleh atau tidak boleh dilaraskan dalam mod pratetap.
Nota: Anda juga boleh melaraskan tahap kuasa atau suhu memasak semasa sedang memasak.
5
Jika anda hendak melaraskan masa memasak: (Gamb. 14)
-
Tekan butang Jam:Min.
-
Laraskan masa dengan butang + dan - . (Gamb. 7)
Nota: Apabila anda menekan butang + dan - sebentar, masa meningkat atau menurun sebanyak 1 minit.
Apabila anda menekan butang itu lebih lama, masa meningkat atau menurun selama 5 minit.
Nota: Anda juga boleh melaraskan masa memasak semasa sedang memasak.
6
Tekan butang Start (Gamb. 8).
Periuk aruhan mula beroperasi menurut mod yang dipilih secara automatik.
,
Semasa memasak, kipas dihidupkan untuk menyejukkan perkakas. Apabila anda mematikan
,
perkakas, kipas tetap hidup selama lebih kurang1 minit dan kemudian mati secara automatik.
Paparan menunjukkan baki masa memasak (Gamb. 10).
,
Apabila masa memasak telah berlalu, perkakas akan mengeluarkan bunyi bip beberapa
,
kali. Perkakas mati secara automatik dan lampu kuasa hidup akan padam.
Nota: Jika anda hendak menghentikan pemasakan, tekan butang Kuasa hidup/mati . Perkakas kemudian
dimatikan.
Menggunakan pemasa
Anda boleh menggunakan butang Pemasa untuk menetapkan masa yang anda kehendaki perkakas
mula memasak pada mod memasak yang dipratetapkan.
Sebagai contoh: jika masa sekarang adalah jam 14:00 dan anda hendak perkakas mula memasak pada
jam 18:00, tetapkan pemasa pada 4.00 (4 jam) dan tekan butang Mula. Setelah 4 jam, pada jam
18:00, perkakas mula memasak secara automatik.
Anda boleh menggunakan fungsi pemasa untuk mod Stew, Sup/Bubur, Stim.
BaHasa MElayu
21

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4917

Table of Contents