Philips HD4917/00 Manual page 18

Induction cooker 7 menus 7 power lcd with timer white
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
18
-
Jangan simpan bahan dan cecair mudah terbakar berhampiran atau di atas periuk aruhan.
-
Elakkan sentuhan yang kuat antara alat memasak atau objek lain dengan plat memasak kristalit.
-
Sentiasa letakkan alat memasak pada zon memasak apabila memasak.
-
Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa atau sistem kawalan jauh untuk
mengelakkan situasi yang berbahaya.
-
Jangan guna alat memasak yang mempunyai diameter dasar periuk lebih daripada 16cm untuk
menggoreng makanan (dengan minyak yang banyak), kerana ini menyebabkan perkakas ini
malfungsi.
Pematian automatik
Perkakas ini dilengkapi dengan pematian automatik. Ia akan mati secara automatik dalam dua
keadaan:
-
Dalam mod Quick start (manual) dan mod Hot pot, perkakas ini akan mati secara automatik jika
anda tidak menekan sebarang butang selama 60 minit.
-
Jika tiada alat memasak di atas plat memasak atau jika alat memasak itu tidak sesuai apabila anda
menekan butang mula atau jika anda mengalihkan alat memasak daripada plat memasak apabila
anda sedang memasak, periuk akan mengeluarkan bunyi bip secara berterusan, paparan
menunjukkan '----'. Periuk ini akan mati secara automatik setelah 1 minit melainkan anda
meletakkan alat memasak kembali pada plat memasak dalam masa satu minit ini.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
Keluarkan semua bahan pembungkusan daripada periuk aruhan.
Bersedia untuk menggunakannya
1
Letak perkakas di atas permukaan yang kering, stabil dan rata.
2
Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 10cm ruang kosong di sekeliling perkakas untuk
mengelakkan daripada pemanasan melampau.
3
Sentiasa letakkan alat memasak pada zon memasak apabila memasak.
4
Pastikan anda menggunakan alat memasak dari jenis dan saiz yang betul (lihat jadual di bawah).
Jenis dan saiz alat memasak yang disarankan
Alat memasak yang sesuai untuk
periuk aruhan
Bahan
Bentuk
Saiz
Berat
Alat memasak dengan dasar yang dibuat daripada besi
atau keluli tahan karat magnetik
Alat memasak dengan dasar yang leper
Alat memasak dengan diameter dasar selebar 12-22cm,
bergantung kepada mod memasak (liihat petua di bawah)
Alat memasak dengan berat sehingga 7kg (termasuk
kandungan)

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4917

Table of Contents