Philips HD4917/00 Manual page 17

Induction cooker 7 menus 7 power lcd with timer white
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahaya
-
Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di bawah air paip.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian anak-anak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja di mana perkakas berada.
-
Pastikan plat memasak bersih dan kering sebelum anda menghidupkan perkakas .
-
Jangan tutup bolong stim semasa periuk aruhan sedang beroperasi.
-
Jangan pasang plag perkakas atau mengendalikan panel kawalan dengan tangan yang basah.
-
Jangan sentuh plat memasak selepas memasak, kerana ia mengekalkan haba daripada alat
memasak.
-
Objek logam seperti pisau, garfu, sudu dan penutup periuk tidak harus diletakkan pada plat
memasak kerana ia boleh menjadi panas.
-
Jangan tutup mana-mana bahagian plat memasak dengan aluminium untuk mencegah
risiko kejutan elektrik, litar pintas atau kebakaran.
-
Jika permukaan plat memasak retak, matikan perkakas dan jangan gunakannya lagi untuk
mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau kebakaran.
awas
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari pengilang lain atau yang
tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang
sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.
-
Jangan dedahkan periuk aruhan kepada suhu yang tinggi, gas panas, stim atau haba yang lembap.
Jangan letakkan periuk aruhan di atas atau berhampiran dengan dapur yang sedang
digunakan atau yang masih panas.
-
Sentiasa matikan perkakas sebelum anda mencabut plagnya.
-
Sentiasa cabutkan plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk sebelum anda membersihkannya.
-
Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas ini disalahgunakan atau
untuk tujuan profesional atau semiprofesional atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan yang
terdapat dalam manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak menerima
tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.
-
Letakkan periuk aruhan di atas permukaan yang stabil, mendatar dan rata serta pastikan terdapat
sekurang-kurangnya 10cm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan
melampau.
-
Jangan letak apa-apa di antara alat memasak dan plat memasak.
-
Berat maksimum yang boleh diletakkan di atas periuk aruhan ialah 7kg.
-
Berwaspadalah terhadap stim panas yang keluar daripada alat memasak semasa memasak atau
apabila anda membuka penutupnya.
-
Jangan angkat atau pindahkan periuk aruhan semasa ia sedang beroperasi.
-
Jangan letak alat memasak yang kosong di atas periuk aruhan yang telah dihidupkan, kerana ini
boleh menyebabkan alat memasak tersebut menjadi herot benyot atau gegelung pemanasan
menjadi rosak.
BaHasa MElayu
17

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4917

Table of Contents