Bahasa Melayu - Philips HD4917/00 Manual

Induction cooker 7 menus 7 power lcd with timer white
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

16
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Periuk aruhan berfungi atas dasar elektromagnet yang menghasilkan medan elektromagnet frekuensi
tinggi yang berkuasa. Apabila alat memasak yang terdiri daripada bahan magnet (cthnya. besi) diletak
pada periuk aruhan, medan elektromagnet memindahkan tenaga ke bahagian bawah alat tersebut,
yang menyebabkan alat memasak dan makanan di dalamnya menjadi panas. Jumlah haba yang dijana
di dalam alat memasak tersebut di kawal dengan mengubah kekuatan medan elektromagnet itu.
Apabila kekuatan medan elektromagnet ditukar, suhu alat memasak itu bertukar serta merta.
Kelebihan periuk aruhan:
-
Selamat: periuk aruhan tidak menggunakan nyalaan atau api yang terbuka. Ia juga mempunyai
beberapa ciri keselamatan, yang membolehkan anda berseronok memasak bersama keluarga
pada bila-bila masa.
-
Cepat: dalam pemasakan aruhan, alat memasak bertindak sebagai sumber haba. Ini menghasilkan
pemindahan haba yang lebih cepat dan lebih rata, mengurangkan masa memasak sehingga lebih
daripada 1/3 berbanding dengan pemasakan secara konvensional.
-
Serba boleh: periuk aruhan mempunyai 7 mod memasak yang dipratetapkan, setiap satu dengan
corak pemanasan tersendiri yang optimum. Mod ini membenarkan anda menyediakan pelbagai
pilihan makanan yang berkhasiat.
-
Kegunaan yang mesra: panel kawalan dan paparan yang mudah dan interaktif membolehkan anda
melaraskan tetapan dengan mudah dengan sentuhan butang.
-
Selesa: proses memasak dengan periuk aruhan adalah bebas asap dan menghasilkan gris yang
sedikit. Selain itu, periuk dan kawasan sekitarnya tetap sejuk. Ini membolehkan anda memasak
dalam persekitaran yang dingin dan selesa.
-
Mudah alih: periuk aruhan mempunyai reka bentuk yang kompak dan plat memasaknya sentiasa
sejuk. Ini bermakna perkakas ini sentiasa selamat untuk digunakan dan ia membolehkan anda
memasak di mana-mana dalam rumah anda.
Perihalan umum (gamb. 1)
a Plat memasak kristalit
B Badan
C Zon masak
D Panel kawalan
E Paparan
F Salur keluar udara
g Salur masuk udara
H Kord sesalur kuasa
Panel kawalan
1 Mod masak pratetap dengan lampu penunjuk
2 Butang Jam:Min (masa memasak)
3 Butang pemasa
4 Paparan
5 Tahap memasak/penunjuk suhu memasak
6 butang +/- (untuk menetapkan masa memasak, tahap kuasa dan suhu memasak)
7 Butang mula
8 Butang kuasa hidup/mati
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4917

Table of Contents