Langkah Berjaga-Jaga Dalam Mengoperasi Ketuhar Gelombang Mikro; Waranti Terhad - Samsung MG23T5018C Series User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.

Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro

Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan
pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain
lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak tidak
boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh rosak.
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
MG23T5018CK_SM_DE68-04594N-01_MS.indd 7

Waranti terhad

Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan. Item yang
dilindungi oleh syarat ini termasuk:
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam
manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi
semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan ketuhar
anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro
anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua
tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam
talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk kegunaandomestik
sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan bijian. Pengilang tidak
boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang
tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya, sentiasa
pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Bahasa Melayu 7
2020-04-28
9:02:00

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents