Arahan Keselamatan - Midea GS-120D User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan Keselamatan

Sebelum penggunaan, sila baca buku panduan ini dengan teliti, dan mengendalikan
perkakas ini seperti dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan terhadap
orang atau harta benda.
AMARAN
Jangan gunakan perkakas ini untuk sebarang tujuan yang selain
daripada menyeterika pakaian.
Jangan gunakan perkakas elektrik lain yang berkuasa tinggi pada soket
yang sama untuk mengelakkan litar mengalami beban berlebihan.
Jangan ungkai perkakas ini dengan sendiri. Sesiapa yang selain
daripada kakitangan berkelayakan tidak dibenarkan merungkai dan
membaiki perkakas ini, jika tidak, ia mungkin akan menyebabkan
kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan peribadi.
Sebelum menghidupkan perkakas ini, sila periksa plag dan kord kuasa
dengan teliti, dan jangan digunakan jika sudah rosak. Penggantian
mesti dilakukan oleh pengilang atau bahagian pembaikan atau pakar
yang seumpamanya bagi mengelakkan kebahayaan.
Sila hantar produk ini kepada ejen yang sah untuk dibaiki.
Sebelum pasang atau cabut keluar plag, pastikan perkakas ini telah
dimatikan.
Apabila pasang atau cabut keluar plag, pastikan anda pegang plag
dengan tangan, dan jangan tarik kord kuasa atau mengendalikannya
dengan tangan yang basah.
Sebelum kendalikan perkakas ini, pastikan permukaan penyokongnya
adalah rata dan selamat untuk mengelakkan ia daripada terbalik atau
airnya daripada tertumpah.
Jangan panaskan perkakas ini sebelum tangki air dipasang dengan
betul atau paras air tidak mencukupi.
Sebelum tambahkan air, pastikan perkakas ini telah dimatikan.
Jangan tambahkan minyak wangi, cuka, bahan pencuci atau bahan
kimia lain ke dalam tangki air. Jika tidak, ia mungkin akan mengotorkan
pakaian dan merosakkan perkakas ini.
Semua peralatan dalam produk ini mesti diletakkan di tempat yang di
luar jangkauan kanak-kanak atau orang kurang upaya untuk mengelak-
kan sebarang kebahayaan, seperti kejutan elektrik dan tercalar.
Semasa mengendalikan perkakas ini, jangan tinggalkannya tanpa
pengawasan.
Apabila perkakas ini beroperasi, jangan arahkan muncung wap air
pada orang.
1

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents