Midea MCH-90B82 Instruction Manual page 5

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Sambungkan kord kuasa pada outlet soket dengan terminal
dibumikan.
Perkakas ini adalah untuk kegunaan di rumah sahaja, ianya tidak
sesuai untuk kedai barbeku, kedai panggang dan kegunaan
komersial yang lain.
Hud dapur dan penapisnya hendaklah dibersih secara berkala
mengikut arahan.
Jangan nyalakan api secara terbuka, atau membenarkan minyak
mengalir ke dalam perkakas ini.
Jika berlakunya apa-apa kerosakan pada perkakas ini, sila
hubungi bahagian khidmat selepas jualan.
Pastikan ruang dapur mempunyai pengudaraan yang baik.
Sebelum sebarang kerja penyelenggaraan dan pembersihan
dijalankan, pastikan kuasa diputuskan terlebih dahulu.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, ejen
penyelenggaraan atau orang berkelayakan yang seumpamanya
bagi mengelakkan kebahayaan. Ianya harus digantikan dengan
kord kuasa yang disediakan oleh pengilang atau penjual.
Jika plag atau kord rosak, sila hubungi pusat khidmat selepas jualan.
Risiko kebakaran mungkin akan berlaku jika pembersihan tidak
dijalankan mengikut arahan.
Untuk kes kerosakan wayar penyambungan, sila hubungi pengilang,
kakitangan pusat khidmat selepas jualan atau juruteknik lain yang
berkelayakan.
Gunakan unit ini mengikut arahan untuk mengelakkan sebarang
kebahayaan berlakunya kebakaran.
Udara yang dibebaskan tidak boleh disalurkan ke dalam saluran
asap atau cerobong yang digunakan untuk melepaskan asap
dari peralatan pembakaran gas.
Sila patuhi undang-undang tempatan yang berkenaan dengan
pemindahan udara luaran.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents