Amaran Keselamatan - Midea MCH-90B68AT Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Perkakas ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak atau
orang kurang upaya jika tanpa pengawasan.
Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
Sambungkan kord kuasa pada outlet soket dengan terminal dibumikan.
Perkakas ini adalah untuk kegunaan di rumah sahaja, ianya tidak sesuai
untuk kedai barbeku, kedai panggang dan kegunaan komersial yang lain.
Hud dapur dan penapisnya hendaklah dibersih secara berkala mengikut
arahan.
Jangan nyalakan api secara terbuka, atau membenarkan minyak
mengalir ke dalam perkakas ini.
Jika berlakunya apa-apa kerosakan pada perkakas ini, sila hubungi
bahagian khidmat selepas jualan.
Pastikan ruang dapur mempunyai pengudaraan yang baik.
Sebelum sebarang kerja penyelenggaraan dan pembersihan dijalankan,
pastikan kuasa diputuskan terlebih dahulu.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, ejen
penyelenggaraan atau orang berkelayakan yang seumpamanya bagi
mengelakkan kebahayaan. Ianya harus digantikan dengan kord kuasa
yang disediakan oleh pengilang atau penjual.
Jika plag atau kord rosak, sila hubungi pusat khidmat selepas jualan.
Risiko kebakaran mungkin akan berlaku jika pembersihan tidak
dijalankan mengikut arahan.
Untuk kes kerosakan wayar penyambungan, sila hubungi pengilang,
kakitangan pusat khidmat selepas jualan atau juruteknik lain yang
berkelayakan.
Gunakan unit ini mengikut arahan untuk mengelakkan sebarang
kebahayaan berlakunya kebakaran.
Udara yang dibebaskan tidak boleh disalurkan ke dalam saluran asap
atau cerobong yang digunakan untuk melepaskan asap dari peralatan
pembakaran gas.
Sila patuhi undang-undang tempatan yang berkenaan dengan
pemindahan udara luaran.
Apabila panel atas ditutup, jangan letakkan tangan anda di ruang antara
panel atas dan badan unit ini bagi mengelakkan tangan anda daripada
tersepit.
Apabila penjana wap sedang berfungsi, anda harus berhati-hati terhadap
wap panas yand dibebaskan dari badan unit ini.

Amaran Keselamatan

5

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents