KDK F-M15H5 Operating And Installation Instructions page 5

Table of Contents

Advertisement

Pencegahan keselamatan
Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan
kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila
patuhi semua arahan yang dinyatakan dalam panduan
ini. Pengilang tidak akan bertanggungjawab sekiranya
berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan
yang disebabkan oleh kesilapan pemasangan atau
pemasangan yang tidak mengikut buku panduan.
Peralatan ini tidak direka untuk digunakan oleh
individu (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
kecacatan anggota, deria atau kebolehan mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan
mereka telah diberikan pemerhatian atau panduan
mengenai penggunaan peralatan ini oleh individu yang
bertanggungjawab mengenai keselamatan mereka.
Kanak-kanak mestilah diberi pemerhatian untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan peralatan ini.
Kipas Siling mesti dipasang lebih daripada 2.5 m dari
lantai dan jarak 1 m dari dinding ke Bilah Kipas.
Boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran angin dan
mengakibatkan Kipas Siling bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
2 -
Rujuk Langkah
pengukuran.
Selepas pemasangan, pastikan Kipas Siling tidak
terlampau goyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Gantikan kesemua Bilah Kipas jika salah satu
daripadanya patah atau retak.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh
akibat goyangan.
Pemasangan sistem gantungan hendaklah dilakukan
oleh pengilang, ejen servis atau individu yang bertauliah.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Jangan pasang di tempat yang berangin.
Boleh menyebabkan karat, warna luntur, kerosakan atau
kecederaan.
Jangan pasang di tempat yang terdapat getaran dan
hentakan tinggi.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh
Elakkan memasang di siling berbentuk kubah.
Boleh menyebabkan aliran udara yang tidak stabil dan
mempengaruhi Kipas Siling untuk bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Lapkan kotoran dengan menggunakan kain yang bersih
dan lembut, sabun biasa dan air untuk mengekalkan
kebersihan kipas. Jangan gunakan pelarut (gasolin,
petrol, pencair, benzin, alkohol, serbuk pencuci, detergen
alkali) atau bahan kimia lain.
Boleh menyebabkan kerosakan bahagian plastik atau besi
berkarat.
Boleh menyebabkan kecederaan jika komponen terjatuh.
Disarankan memeriksa sistem gantungan Kipas
Siling sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
Boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna
atau kerosakan harta benda.
Penggantian bahagian peranti sistem gantungan
keselamatan hendaklah dilakukan oleh pengilang,
ejen servis atau individu yang bertauliah.
Boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna
atau kerosakan harta benda.
Jangan pasang di tempat yang basah, bersuhu tinggi
dan berkelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
Jika terdapat kebocoran arus elektrik, kejutan elektrik atau
kebakaran mudah berlaku.
F-M15H5_V2.indd 5
F-M15H5_V2.indd 5
pada muka surat 17 untuk kaedah
1
Sentiasa mengikuti arahan berikut
AWAS
.
5
2/28/2019 4:13:39 PM
2/28/2019 4:13:39 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents