Pencegahan Keselamatan - KDK K15YX Operating And Installation Instructions

Table of Contents

Advertisement

Pencegahan keselamatan

Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta
benda, sila patuhi semua penerangan yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini
menunjukkan
perbuatan yang
WAJIB DILAKUKAN.
AMARAN
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
kecuaian dalam mengendalikan produk, yang
mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan
kematian atau kecederaan parah kepada
pengguna.
Sila rujuk kepada semua arahan yang
diberikan dalam panduan ini untuk
pemasangan.
Kerja elektrikal dan kerja pemasangan
mesti dilakukan oleh orang yang
bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan
kebakaran, kejutan elektrik, Kipas Siling
terjatuh atau kecederaan.
Peralatan ini tidak direka untuk digunakan
oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang mempunyai kecacatan anggota,
deria atau kebolehan mental, atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, melainkan
mereka telah diberikan pemerhatian atau
panduan mengenai penggunaan peralatan
ini oleh individu yang bertanggungjawab
mengenai keselamatan mereka.
Kanak-kanak mestilah diberi pemerhatian
untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan peralatan ini.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu
sehingga Bilah Kipas berhenti sepenuhnya,
sebelum membersihkan atau membuat
kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan atau kejutan
elektrik jika Kipas Siling bergerak secara tiba-
tiba.
Sila rujuk pada wakil penjual anda untuk
membaiki atau penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh
menggunakan pemutar skru. (250-300
N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah
Kipas terjatuh.
Pastikan cangkuk siling boleh
menanggung beban 10 kali ganda berat
Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
4
K15YX_new_layout_171002.indd 4
K15YX_new_layout_171002.indd 4
Simbol ini
menunjukkan
perbuatan yang
DILARANG.
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Berhenti menggunakan Kipas Siling
apabila mendapati apa-apa keganjilan atau
kegagalan berlaku dan putar Pemutus Litar
Miniatur (MCB) kepada "OFF".
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik atau
Kipas Siling terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda untuk
membaiki atau penyelenggaraan.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau
yang mengalami kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat
berminyak dan berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan
elektrik akibat litar pintas.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan
yang berhampiran dengan barang mudah
terbakar seperti dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan
elektrik akibat litar pintas.
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran
dengan bahan kimia dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan
elektrik akibat litar pintas.
Elakkan kerosakan pada wayar semasa
pemasangan seperti wayar berubah bentuk
kerana panas, terpulas, bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan
elektrik akibat litar pintas.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari
voltan yang telah ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh
menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam
kedalam ruang bateri bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan
elektrik akibat litar pintas.
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian
Kipas Siling melainkan dinyatakan di dalam
panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-
bahagian yang dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, kecederaan atau Kipas Siling terjatuh.
10/2/2017 11:19:13 AM
10/2/2017 11:19:13 AM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents