Kipas Siling; Pencegahan Keselamatan - KDK F-M14D5 Operating And Installation Instructions

Table of Contents

Advertisement

Pencegahan keselamatan

Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila patuhi semua penerangan yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang DILARANG.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
kecuaian dalam mengendalikan produk,
AMARAN
yang mana, jika tidak dielakkan, boleh
mengakibatkan kematian atau kecederaan
parah kepada pengguna.
AMARAN
Sila rujuk kepada semua arahan yang diberikan dalam panduan
ini untuk pemasangan.
Kerja elektrikal dan kerja pemasangan mesti dilakukan oleh
orang yang bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, Kipas Siling terjatuh atau kecederaan.
Peralatan ini tidak direka untuk digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kecacatan
anggota, deria atau kebolehan mental, atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah
diberikan pemerhatian atau panduan mengenai penggunaan
peralatan ini oleh individu yang bertanggungjawab
mengenai keselamatan mereka. Kanak-kanak mestilah
diberi pemerhatian untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan peralatan ini.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu sehingga Bilah Kipas
berhenti sepenuhnya, sebelum membersihkan atau membuat
kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan atau kejutan elektrik jika Kipas
Siling bergerak secara tiba-tiba.
Sila rujuk pada wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh menggunakan
pemutar skru. (250-300 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh.
Pastikan cangkuk siling boleh menanggung beban 10 kali
ganda berat Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Berhenti menggunakan Kipas Siling apabila mendapati apa-apa
keganjilan atau kegagalan berlaku dan putar Pemutus Litar
Miniatur (MCB) kepada "OFF".
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik atau Kipas Siling terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau yang mengalami
kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat berminyak dan
berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar
pintas.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan yang berhampiran
dengan barang mudah terbakar seperti dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar
pintas.
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran dengan bahan kimia
dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar
pintas.
Elakkan kerosakan pada dawai semasa pemasangan
contohnya, dawai berubah bentuk kerana panas, terpulas,
bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar
pintas.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari voltan yang telah
ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam kedalam ruang bateri
bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar
pintas.
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian Kipas Siling
melainkan dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-bahagian yang
dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan
atau Kipas Siling terjatuh.
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia sedang beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan atau Kipas
Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau, jangan basahkan

Kipas Siling.

Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.
AWAS
AWAS
Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan
kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila
patuhi semua arahan yang dinyatakan dalam panduan
ini. Pengilang tidak akan bertanggungjawab sekiranya
berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan
yang disebabkan oleh kesilapan pemasangan atau
pemasangan yang tidak mengikut buku panduan.
Kipas Siling mesti dipasang lebih daripada 2.5 m dari
lantai dan jarak 1 m dari dinding ke Bilah Kipas.
Boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran angin dan
mengakibatkan Kipas Siling bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Rujuk Langkah 6 pada muka surat 11 untuk kaedah
pengukuran.
Selepas pemasangan, pastikan Kipas Siling tidak
terlampau goyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Gantikan kesemua Bilah Kipas jika salah satu
daripadanya patah atau retak.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh
akibat goyangan.
Jangan pasang di tempat yang basah, bersuhu tinggi
dan berkelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
Jika terdapat kebocoran arus elektrik, kejutan elektrik atau
kebakaran mudah berlaku.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Jangan pasang di tempat yang berangin.
Boleh menyebabkan karat, warna luntur, kerosakan atau
kecederaan.
Jangan pasang di tempat yang terdapat getaran dan
hentakan tinggi.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh
Elakkan memasang di siling berbentuk kubah.
Boleh menyebabkan aliran udara yang tidak stabil dan
mempengaruhi Kipas Siling untuk bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan pendedahan angin pada Kipas Siling secara
berterusan.
Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Lapkan kotoran dengan menggunakan kain yang bersih
dan lembut, sabun biasa dan air untuk mengekalkan
kebersihan kipas. Jangan gunakan pelarut (gasolin,
petrol, pencair, benzin, alkohol, serbuk pencuci, detergen
alkali) atau bahan kimia lain.
Boleh menyebabkan kerosakan bahagian plastik atau besi
berkarat.
Boleh menyebabkan kecederaan jika komponen terjatuh.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
salah pengendalian produk yang jika
tidak dielakkan, boleh mengakibatkan
kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
.
3

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents