Pencegahan Keselamatan - KDK K14YZ Operating And Installation Instructions

Table of Contents

Advertisement

Pencegahan keselamatan

Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila patuhi semua penerangan
yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang DILARANG.
AMARAN
AWAS
Sila rujuk kepada semua arahan yang diberikan dalam
panduan ini untuk pemasangan.
Kerja elektrikal dan kerja pemasangan mesti dilakukan oleh
orang yang bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan kebakaran,
kejutan elektrik, Kipas Siling terjatuh atau kecederaan.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu sehingga Bilah
Kipas berhenti sepenuhnya, sebelum membersihkan atau
membuat kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan atau kejutan elektrik jika
Kipas Siling bergerak secara tiba-tiba.
Sila rujuk pada wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh menggunakan
pemutar skru. (250-300 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh.
Pastikan cangkuk siling boleh menanggung beban 10 kali
ganda berat Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Berhenti menggunakan Kipas Siling apabila mendapati apa-
apa keganjilan atau kegagalan berlaku dan putar Pemutus
Litar Miniatur (MCB) kepada "OFF".
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik atau Kipas Siling
terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau yang mengalami
kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Jika berlaku pergerakan berayun yang luar biasa, berhenti
menggunakan Kipas Siling dengan segera dan hubungi
pengilang, ejen servis atau individu yang bertauliah.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat berminyak dan
berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan yang berhampiran
dengan barang mudah terbakar seperti dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran dengan bahan
kimia dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.
Elakkan kerosakan pada dawai semasa pemasangan
contohnya, dawai berubah bentuk kerana panas, terpulas,
bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.
4
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian dalam mengendalikan produk, yang
mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan parah kepada
pengguna.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian dalam mengendalikan produk, yang
mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
AMARAN
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari voltan yang telah
ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan kejutan
elektrik atau kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam kedalam ruang bateri
bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian Kipas Siling
melainkan dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-bahagian yang
dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan
atau Kipas Siling terjatuh.
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia sedang beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan atau Kipas
Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau, jangan basahkan
Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat
litar pintas.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

K14xz

Table of Contents