Sharp FP-JM30E Operation Manual page 21

Air purifier with mosquito catcher
Hide thumbs Also See for FP-JM30E:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk atau salur
keluar udara.
• Sentiasa kendalikan unit utama dalam
kedudukan menegak.
• Jangan alihkan unit utama semasa ia
sedang beroperasi.
• Apabila mengalihkan unit utama,
gunakan pemegang di kedua-dua sisinya.
• Jika unit utama terletak di atas lantai
yang mudah rosak, permukaan lantai
yang tidak rata atau permaidani yang
tebal, angkat unit utama ini semasa
mengalihkannya.
• Jangan gunakan unit utama jika penapis
tidak dipasang dengan betul.
• Jangan cuci dan guna semula penapis
HEPA . Berbuat demikian tidak akan
meningkatkan prestasi penapis dan juga
boleh menyebabkan kejutan elektrik atau
kegagalan operasi.
• Bersihkan bahagian luarnya dengan kain
lembut sahaja. Jangan gunakan cecair
yang mudah meruap atau bahan pencuci.
Permukaan unit utama boleh rosak atau
merekah apabila menggunakan Benzena,
pencair cat atau serbuk penggilap. Selain
itu, ia boleh mengakibatkan penderia rosak.
• Jangan sental Prapenapis dengan kuat
semasa menyelenggaranya.
• Jangan lihat terus pada cahaya UV.
Cahaya UV menepati standard IEC
(62471).
AMARAN MENGENAI
PENGGUNAAN
KEPINGAN BERPELEKAT
• Kendalikan Kepingan Berpelekat dengan
cermat. Elakkan kanak-kanak atau
haiwan peliharaan daripada menyentuh
permukaan berpelekat.
• Jika pelekat terkena pada tangan atau
pakaian, basuh ia dengan sabun dan air
dengan cepat dan sehingga betul-betul
bersih selepas menyingkirkan bahan
tersebut dengan menggunakan minyak
masak.
• Pengumpulan habuk dan kotoran
pada kepingan boleh mengurangkan
keberkesanan Kepingan Berpelekat.
• Sekiranya tiada nyamuk yang terlekat
pada kepingan, cuba tukar lokasi unit.
• Apabila membuang, sila lupuskan
mengikut undang-undang dan peraturan
pelupusan tempatan.
• Ini ialah produk jenis pelekat yang selamat
sepenuhnya. Tiada bahan beracun.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
• Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
penderia terdedah terus kepada angin.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
unit utama rosak.
• Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
perabot, kain atau objek lain terkena unit
utama dan mengganggu penyedutan dan
pengeluaran udara.
• Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
unit utama terdedah kepada pemeluwapan
atau perubahan suhu yang mendadak.
Suhu bilik yang sesuai adalah antara
0 – 35 °C.
• Letakkan unit utama di atas permukaan
yang rata dan stabil dengan peredaran
udara yang mencukupi.
Apabila diletakkan di atas permaidani
yang tebal, unit utama mungkin akan
bergetar sedikit.
• Elakkan lokasi yang mengeluarkan asap
yang bergris atau berminyak.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
bahagian luar unit utama merekah dan
penderia rosak.
• Keupayaan unit utama mengumpul habuk
berkesan walaupun unit utama hanya 3
cm dari dinding, dan sekitar dinding serta
lantai kotor. Sila letakkan unit utama jauh
dari dinding.
Dinding yang berada betul-betul di
belakang salur keluar udara lama-kelamaan
mungkin akan menjadi kotor. Jika anda
menggunakan unit utama di tempat yang
sama untuk tempoh yang lama, bersihkan
dinding yang bersebelahan dengannya dari
semasa ke semasa.
GARIS PANDUAN PENAPIS
• Ikuti arahan dalam manual ini untuk
penjagaan dan penyelenggaraan penapis
yang betul.
MS-3

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fp-jm30lFp-jm30pFp-jm30v

Table of Contents