Keselamatan - promethean Chromebox User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 158

Keselamatan

Periksa Promethean Chromebox bagi sebarang kerosakan fizikal pada perumah sebelum digunakan. Sekiranya kerosakan
adalah ketara, berhati-hati untuk mengelakkan sentuhan dengan apa-apa bahagian yang berkemungkinan hidup.
Jangan cuba untuk mendapatkan akses ke bahagian dalam Promethean Chromebox dalam apa jua keadaan. Jika anda
mengesyaki peranti anda mengalami kerosakan, anda perlu menghubungi pihak Sokongan Pelanggan Teknikal, atau ejen
servis Promethean yang sah untuk mendapatkan nasihat.
Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik atau kerosakan komponen, putuskan sambungan Promethean Chromebox
daripada bekalan kuasa sebelum mengeluarkan Promethean Chromebox.
Lubang pengudaraan dalam perumah direka bentuk untuk melindungi Promethean Chromebox daripada pemanasan
berlebihan. Berhati-hati untuk tidak menghalangnya.
Jangan masukkan tangan atau apa-apa objek yang lain ke dalam lubang pengudaraan atau sambungan isyarat Promethean
Chromebox.
Jangan sesekali meletakkan, menumpahkan atau menuangkan apa-apa cecair pada mana-mana bahagian Promethean
Chromebox. Peranti boleh melitar pintas yang menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan letakkan Promethean Chromebox di hadapan unit penyaman udara untuk mengelakkan kondensasi yang boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kerosakan komponen.
Jangan letakkan Promethean Chromebox pada atau di sebelah mana-mana radiator atau pemanas.
Jangan letakkan apa-apa objek yang mudah terbakar atau mudah meletup berdekatan dengan Promethean Chromebox.
Sentiasa gunakan aksesori yang disyorkan oleh Promethean untuk memastikan keserasian.
Hanya gunakan kabel kuasa yang serasi dengan soket alur keluar utama anda. Sekiranya anda tidak pasti keserasian
elektrik peralatan anda, sila hubungi Promethean atau ejen servis Promethean yang sah sebelum cuba untuk
menyambungkan peranti ke bekalan kuasa utama.
Gunakan soket dinding yang hampir dengan Promethean Chromebox dan mudah dicapai.
Masukkan dengan rapat palam kuasa ke dalam soket dinding. Sambungan separuh boleh menyebabkan percikan api.
Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik atau kerosakan komponen, putuskan sambungan Promethean Chromebox
daripada bekalan kuasa sebelum memasukkan mana-mana kabel yang lain.
Tahan palam kuasa apabila mencabut palam peranti. Menarik kabel kuasa boleh merosakkan wayar di dalam kabel dan
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik, jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Cabutkan palam kuasa sebelum membersihkan Promethean Chromebox.
Untuk mengelakkan kejutan elektrik, elakkah mengendalikan kabel kuasa sewaktu ribut elektrik atau kilat.
Cabut palam Promethean Chromebox sewaktu ribut petir atau apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang. Ini
akan melindungi peranti daripada kerosakan disebabkan pusuan kuasa.
Jangan gunakan apa-apa pembersih cecair atau semburan ketika menyapu peranti. Gunakan kain yang sedikit lembap.
Jangan gunakan pembersih lelasan.
Apabila mengalihkan Promethean Chromebox daripada kawasan suhu rendah kepada yang bersuhu tinggi, kondensasi
mungkin terbentuk pada perumahnya. Jangan hidupkan kuasa peranti dengan segera selepas ini untuk mengelakkan
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kerosakan komponen.
Sekiranya apa-apa yang berikut berlaku, sila hubungi Sokongan Pelanggan Teknikal:
Semburan cecair, atau apa-apa objek terjatuh, ke dalam Promethean Chromebox.
Promethean Chromebox terjatuh atau rosak dalam apa jua cara.
Promethean Chromebox mengeluarkan bunyi yang abnormal.
Promethean Chromebox Panduan Pengguna
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents