Download Print this page

Philips Cucina HD2415 Manual page 11

Advertisement

4
Bersihkan setiap plat dengan kain lembut atau span yang dilembapkan dengan air panas
bercampur sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk atau masukkannya ke dalam mesin
pencuci pinggan mangkuk (rajah 3).
5
Keringkan plat.
6
Pasangkan semula plat dengan meletakkan hujung belakang plat pada perkakas (1),
memasukkannya ke dalam perkakas dan menekannya (2) (rajah 4).
Perkakas mungkin mengeluarkan asap apabila anda menggunakannya buat kali pertama. Ini normal.
B
Menggunakan perkakas
Membuat sandwic bakar
Untuk mendapatkan hasil perang keemasan yang lebih sekata, sapukan sedikit mentega pada sebelah
roti yang menyentuh plat masak.
1
Masukkan plag sesalur ke dalam soket dinding (rajah 5).
Lampu merah pemanasan menyala.
Anda boleh melaraskan panjang kord dengan melilitkan sebahagian daripadanya di sekeliling
bahagian penyimpanan kord (rajah 6).
2
Sediakan ramuan bagi sandwic bakar sementara perkakas sedang menjadi panas.
Bagi setiap sandwic, anda memerlukan dua keping roti dan inti yang sesuai. Baca bab 'Resipi'
untuk mendapatkan beberapa cadangan.
Pembuat sandwic sedia untuk digunakan sebaik saja lampu sedia masak hijau menyala.
3
Buka pembuat sandwic.
Elakkan daripada tersentuh bahagian logam (termasuk tangkai plat) kerana ia menjadi amat panas!
4
Letakkan sandwic yang hendak disediakan di atas plat bawah (rajah 7).
Anda boleh juga membakar hanya satu sandwic, jika anda mahu.
Untuk memastikan pinggirnya terlekat dengan rapi, intinya tidak sepatutnya disapu terlalu
hampir dengan pinggir roti.
5
Tutup pembuat sandwic (rajah 8).
Turunkan plat atas ke atas roti dengan memegang pemegang tebat haba dan tekan untuk
merapatkan kedua-dua pemegang sehingga anda mendengar bunyi klik ketika dikunci.
Semasa proses memasak, lampu sedia masak hijau padam dan lampu pemanasan merah akan
B
menyala dan padam dari masa ke masa untuk menandakan bahawa unsur pemanasan dihidupkan
dan dimatikan buat sementara waktu untuk mengekalkan suhu yang betul.
6
Setkan tempoh masak yang dikehendaki (lihat bahagian 'Pemasa' dalam bab ini).
Anda boleh juga menggunakan pembuat sandwic tanpa mengesetkan pemasa.
7
Buka pembuat sandwic selepas 3-5 minit untuk memeriksa sama ada sandwic sudah menjadi
perang keemasan.
Tempoh masak bergantung kepada jenis roti dan inti, dan juga kerangupan dan kegelapan sandwic
bakar mengikut cita rasa anda.
8
Keluarkan sandwic (rajah 9).
Gunakan perkakas kayu atau plastik (contohnya sudip) untuk mengeluarkan sandwic bakar dari
pembuat sandwic.
BAHASA MELAYU
11

Advertisement

loading