Download Print this page

Philips Cucina HD2415 Manual page 10

Advertisement

BAHASA MELAYU
10
Pendahuluan
Tahniah kerana telah memiliki pembuat sandwic Philips baru anda. Dengan pembuat sandwic ini
anda boleh membuat semua jenis sandwic bakar dengan mudah.
Perihalan umum
A
Plat masak boleh tanggal (kalis mesin pencuci pinggan mangkuk)
B
Tangkai plat
C
Pemegang tebat haba
D
Sistem kunci automatik
E
Lampu pemanasan
F
Lampu sedia masak
G
Penyimpan kord
H
Butang pemasa
I
Pemasa digital
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpankan sebagai
rujukan akan datang.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, atau pusat servis yang disahkan oleh
Philips, atau orang dengan kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Sambungkan perkakas hanya dengan soket dinding terbumi.
Jangan biarkan kord sesalur tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan tempat perkakas
ini diletakkan dan jauhkan kord dari permukaan perkakas yang panas.
Letakkan perkakas di atas permukaan yang rata dan stabil dengan cukup ruang kosong di
sekelilingnya.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
Jangan tenggelamkan perkakas atau kord sesalur ke dalam air atau cecair lain.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
Prahangatkan plat masak setiap kali sebelum meletakkan apa-apa makanan di antaranya.
Suhu permukaan yang boleh dipegang mungkin tinggi apabila perkakas sedang digunakan
(contohnya bahagian yang ditandakan dengan =).
Biarkan perkakas sehingga sejuk sepenuhnya sebelum menanggalkan platnya, membersihkannya
atau menyimpannya.
Pastikan anda meletakkan plat dengan rapi apabila anda memasangnya pada perkakas.
Jangan sekali-kali sentuh plat dengan benda yang tajam atau yang boleh melelas, kerana ini
boleh merosakkan permukaan tidak lekat.
Perkakas ini dimaksudkan hanya untuk kegunaan di rumah sahaja.
Perkakas ini bukan gril dan tidak dimaksudkan untuk menyediakan makanan selain sandwic.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan.
Sebelum kali pertama menggunakannya
1
Tanggalkan apa-apa pelekat dan kesat jasad pembuat sandwic dengan kain yang lembap.
2
Buka pembuat sandwic (rajah 1).
3
Keluarkan plat dari perkakas (rajah 2).
Angkat plat dari perkakas dengan memegang tangkainya.

Advertisement

loading