Download Print this page

Philips HP4698 Manual page 16

Geometricks 10 in 1
Hide thumbs Also See for HP4698:

Advertisement

BAHASA MELAYU
16
Memasang alat sambung
1
Sisipkan alat sambung ke dalam tangkai. Pastikan diriannya
menghala ke bawah (rajah 1).
2
Putarkan gelang kunci pada tangkai ke kanan sehingga anak panah
tebal pada gelang kunci sejajar dengan anak panah pada tangkai.
Alat sambung kini sudah terpasang rapi pada tangkainya (rajah 2).
Ikuti prosedur ini bagi semua alat sambung. Untuk menanggalkan
alat sambung, putarkan gelang kunci ke kiri dan cabutkan alat
sambung daripada tangkainya.
Cabutkan plag perkakas apabila anda menanggalkan alat sambung
selepas atau semasa mendandan. Elakkan daripada menyentuh
bahagian logam dan seramik alat sambung, kerana bahagian-bahagian
ini panas.
Menggunakan perkakas
Dengan Salon Geometricks 10 dalam 1, anda boleh menggayakan
keriting halus, keriting besar, alun, gelung jurai, ketak, ikal sika-siku, ikal segi
tiga dan rambut yang lurus.
1
Selepas memasangkan alat sambung pada tangkai, letakkan
perkakas di atas dirian alat sambung dan masukkan plag sesalur ke
dalam soket dinding. Lampu pandu menyala dan perkakas mula
menjadi panas (rajah 3).
2
Mula mendandan apabila titik sedia pada alat sambung berubah
warna (rajah 4).
3
Apabila menggunakan alat sambung pengeriting atau berus,
pastikan hujung rambut sentiasa dililitkan mengikut arah yang
dikehendaki.
4
Jangka masa anda perlu membiarkan alat pendandan pada rambut
bergantung pada ketebalan rambut anda. Jika rambut anda halus, 5
saat mencukupi untuk mendapatkan hasil yang baik. Biarkan alat
pendandan lebih lama pada rambut anda (maks. 10 saat) jika
rambut anda lebih tebal.

Advertisement

loading