Download Print this page

Philips HP4698 Manual page 15

Geometricks 10 in 1
Hide thumbs Also See for HP4698:

Advertisement

BAHASA MELAYU
15
Jauhkan perkakas ini dari air! Jangan gunakan produk ini
berhampiran air atau di atas air yang tertakung di dalam tab
mandi, besen basuh, sink dan sebagainya.Apabila menggunakannya
di bilik mandi, cabutkan plag perkakas selepas digunakan kerana
air yang berhampiran merupakan risiko.
Sebagai perlindungan tambahan, kami nasihatkan anda supaya
memasang peranti arus baki (RCD) dengan arus pengoperasian
baki terkadar tidak melebihi 30mA dalam litar elektrik yang
membekalkan kuasa ke bilik mandi. Minta nasihat pemasang anda.
Jangan sambungkan tangkai dengan sesalur tanpa memasang alat
sambung terlebih dahulu. Pastikan alat sambung terpasang dengan
betul pada tangkai sebelum anda memasukkan plag ke dalam
soket dinding.
Pastikan alat sambung bersih daripada habuk, kotoran, semburan
pendandan dan gel. Jangan sekali-kali gunakan perkakas bersama-
sama mus pendandan, semburan pendandan, gel dan sebagainya.
Alat sambung disaluti seramik. Salutan ini akan haus selepas
beberapa lama.Apabila ini berlaku, perkakas masih akan berfungsi
seperti biasa.
Bahagian alat sambung bersalut seramik akan menjadi panas
semasa digunakan. Elakkan daripada tersentuh kulit. Jangan biarkan
kord sesalur tersentuh mana-mana bahagian panas.
Kembalikan perkakas kepada pusat servis yang disahkan oleh
Philips untuk diperiksa atau dibaiki. Pembaikan oleh orang yang
tidak layak boleh menimbulkan situasi yang teramat berbahaya
bagi pengguna.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
Gunakan perkakas hanya pada rambut yang kering atau lembap.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas menggunakannya.
Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.
Jangan lilitkan kord sesalur di sekeliling perkakas.
Bersedia untuk menggunakannya
Sebelum anda mula mendandan, sikat atau berus rambut supaya ia
rapi dan tidak kusut.

Advertisement

loading