Panduan Keselamatan Penting - Panasonic NN-SM332M/W Operating Instruction And Cook Book

For home use
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Panduan Keselamatan Penting

BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN MASA DEPAN
Langkah berjaga-jaga semasa
menggunakan Ketuhar Gelombang
Mikro untuk memasak atau
memanaskan makanan
Pemeriksaan Kerosakan:
Ketuhar gelombang mikro hanya boleh digunakan jika
pemeriksaan mengesahkan semua perkara berikut:
1. Pintunya muat dengan sempurna dan selamat serta
boleh dibuka dan ditutup dengan senang.
2. Engsel pintu berada di dalam keadaan yang baik.
3. Plat logam pada kedap logam di pintu tidak dikancing
atau cacat.
4. Kedap pintu tidak ditutupi oleh makanan ataupun kesan
terbakar.
Langkah Berjaga-jaga:
Sinaran Gelombang mikro daripada ketuhar gelombang
mikro boleh menyebabkan kesan-kesan yang
membahayakan jika langkah-langkah berikut tidak diambil:
1. Jangan rosakkan atau menjejaskan peranti antara kunci
di pintu.
2. Jangan cucuk objek terutamanya objek logam menerusi
gril atau di antara pintu dan ketuhar semasa ketuhar
digunakan.
3. Jangan letakkan kuali, tin yang belum dibuka atau
lainlain objek logam yang berat ke dalam ketuhar.
4. Jangan biarkan bahan-bahan logam contohnya bekas
makanan segera yang beraluminium menyentuh ketuhar
gelombang mikro.
5. Sentiasa membersihkan rongga ketuhar, pintu dan
kedap dengan air berdetergen lembut. Jangan gunakan
sebarang alat pencuci yang kasar kerana ia akan
mencalarkan permukaan pintu ketuhar.
6. Sentiasa menggunakan ketuhar dengan dulang yang
disyorkan oleh pengeluar.
7. Jangan gunakan ketuhar tanpa sesuatu muatan
(contohnya bahan penyerap seperti makanan atau air)
di dalam rongga ketuhar kecuali dibenarkan secara
terperinci di dalam panduan pengeluar.
8. Jangan sandarkan objek yang berat seperti bekas
makanan di pintu semasa ia terbuka.
9. Jangan letakkan bekas kedap di dalam ketuhar
gelombang mikro. Botol bayi yang dipasang dengan
penutup berskru atau puting dianggap sebagai bekas
kedap.
10. Ketuhar gelombang mikro ini tidak disyorkan untuk
kegunaan orang (termasuk kanak-kanak) dan orang
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan
mereka diberi pengawasan atau arahan mengenai
kegunaan ketuhar gelombang mikro oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
11. Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka
tidak bermain dengan ketuhar gelombang mikro.
12. Adalah berbahaya untuk sesiapa selain daripada orang
yang kompeten untuk menjalankan apa-apa operasi
perkhidmatan atau pembaikian yang melibatkan
pengeluaran penutup yang memberi perlindungan
terhadap pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
Arahan Penting
AMARAN - Untuk mengurangkan risiko terbakar, kejutan
elektrik, kebakaran, kecederaan kepada orang atau tenaga
gelombang mikro yang berlebihan:
1. Baca semua arahan sebelum menggunakan ketuhar
gelombang mikro.
2. Sebahagian barangan seperti telur dan bekas kedap
(contohnya jar kaca tertutup dan botol bayi kedap
dengan puting) boleh meletup dan tidak boleh
dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Sila rujuk
kepada buku masakan untuk maklumat lanjut.
3. Gunakan ketuhar gelombang mikro hanya untuk
kegunaan yang disyorkan dalam buku panduan ini.
4. Seperti barangan elektrik lain, pengawasan yang teliti
adalah perlu apabila ia digunakan oleh kanak-kanak.
5. Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro apabila ia
tidak berfungsi dengan sempurna, atau sekiranya ia telah
rosak atau terjatuh.
6. Jangan simpan atau guna ketuhar di luar rumah.
7. Jangan rendam wayar dan plag di dalam air.
8. Jauhkan wayar dari permukaan panas.
9. Jangan biarkan wayar tersangkut pada penjuru meja.
10. Untuk mengurangkan risiko kebakaran di dalam rongga
ketuhar:
(a) Jangan memasak makanan terlalu lama. Berhati-hati
semasa menggunakan perkakas yang diperbuat daripada
bahan yang mudah terbakar seperti kertas atau plastik di
dalam ketuhar.
(b) Tanggalkan wayar ikatan-berpintal daripada beg
sebelum memasukkan beg ke dalam ketuhar.
(c) Jika bahan-bahan di dalam ketuhar terbakar,
pastikan pintu ketuhar tertutup, matikan suis di
dinding, atau matikan bekalan kuasa di fius atau
pada panel pemutus litar.
(d) Jangan tinggalkan gelombang mikro tanpa
pengawasan semasa memasak atau memanas.
11. Jangan pindahkan panel luaran dari ketuhar.
12. Arahan hendaklah menyatakah bahawa ketuhar gelombang
mikro adalah tidak disyorkan untuk dikendalikan dengan
cara pemasa luar atau sistem kawalan jauh berasingan.
13. Peralatan tidak direka untuk digunakan dengan pemasa
atau system kawalan jauh berasingan.
Litar
Ketuhar gelombang mikro anda mestilah dikendalikan pada
litar berasingan daripada peralatan elektrik yang lain. Voltan
yang digunakan mestilah sama seperti yang dinyatakan
pada ketuhar gelombang mikro ini. Kegagalan untuk berbuat
demikian boleh menyebabkan papan kuasa fius terbakar,
dan/atau proses memasak makanan menjadi lebih perlahan.
Jangan masukkan fius bernilai tinggi di dalam papan kuasa.
Arahan Pembumian
Ketuhar gelombang mikro ini mestilah dibumikan. Jika litar
pintas elektrik berlaku, pembumian mengurangkan risiko
kejutan elektrik dengan menyediakan wayar lepas arus
elektrik. Ketuhar gelombang mikro ini dilengkapi dengan plag
pembumian. Plag mestilah diplagkan ke bekalan kuasa yang
dipasangkan dengan sempurna dan dibumikan.
AMARAN - Penyalahgunaan plag pembumian akan
mengakibatkan risiko kejutan elektrik.
- May-1 -

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Nn-st 342m/w

Table of Contents