Panduan Peralatan Dan Perkakas Memasak - Panasonic NN-ST253W Operating Instructions Manual

Hide thumbs Also See for NN-ST253W:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Panduan Peralatan dan Perkakas Memasak

Adalah penting untuk menggunakan bekas
yang betul semasa memasak di dalam ketuhar
gelombang mikro. Yang berikut akan membantu
anda membuat pilihan yang betul.
Produk Kertas dan Pembalut Beku
Kertas lilin, pinggan kertas, cawan dan tisu
tidak boleh digunakan untuk memanaskan atau
memasak makanan. Pembalut beku tidak boleh
digunakan kerana ia tidak tahan haba dan
boleh cair. Tuala kertas, kertas kalis minyak
dan kertas membakar selamat digunakan untuk
tempoh sebentar bagi menutup atau melapis.
Kaca, Seramik dan Tembikar
Peralatan memasak kaca Tahan Haba bagus ketika
memasak dengan ketuhar gelombang mikro. Kebanyakan
item ini tersedia di rumah: jag kaca, mangkuk adunan,
pinggan roti, kaserol bertutup, pinggan membakar berbentuk
bujur, pinggan pai dan pinggan kek bulat atau segi empat.
Contoh jenis perkakas memasak adalah Pyrex
Corningware
.
®
Set makan malam boleh digunakan untuk pemanasan
ketuhar gelombang mikro. Banyak jenama set makan
malam selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang
mikro. Periksa maklumat penjagaan set makan malam dan
set menghidang untuk penggunaan ketuhar gelombang
mikro. Jika set makan malam kalis ketuhar, adalah selamat
untuk menggunakannya di dalam ketuhar gelombang mikro.
Beberapa jenis perkakas kaca dan set makan malam tidak
disarankan penggunaannya di dalam ketuhar gelombang
mikro. Jangan gunakan pinggan dengan tepi berlogam atau
bekas dengan bahagian logam. Jangan gunakan cawan atau
mug yang bergam pada pemegang, kerana ia boleh
tertanggal dengan pemanasan berterusan. Jangan gunakan
perkakas kaca yang halus. Walaupun perkakas kaca bersifat
lut sinar pada tenaga gelombang mikro, haba daripada
makanan boleh menyebabkan perkakas kaca retak.
Plastik
Pinggan plastik, cawan dan beberapa bekas sejuk
beku perlu digunakan dengan berhati-hati di dalam
ketuhar gelombang mikro. Pilih bekas plastik dengan
berhati-hati kerana sesetengah bekas plastik boleh
menjadi lembut, mencair dan berlekuk. Kebanyakan
pinggan plastik, walaupun yang direka untuk kegunaan
di dalam ketuhar gelombang mikro, tidak sesuai untuk
memasak makanan berlemak tinggi atau tinggi
kandungan gula atau untuk masa yang lama.
Kebanyakan pinggan plastik gelombang mikro hanya
boleh digunakan selama lebih 3 hingga 5 minit pada
kuasa Tinggi. Pinggan-pinggan ini, walaupun tidak
sesuai untuk masa memasak yang lama, boleh
digunakan untuk menyahbeku atau pada tahap kuasa
yang rendah di dalam ketuhar gelombang mikro.
Beg Memasak yang direka untuk menahan didihan,
pembekuan, atau pemanasan konvensional adalah
selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Sediakan beg mengikut arahan pengeluar. Apabila
memasak dengan ketuhar gelombang mikro, JANGAN
gunakan tali pengikat untuk menutup beg. (Percikan)
boleh berlaku kerana tindakannya sebagai antena.
JANGAN MASAK DI DALAM BEG PLASTIK
SIMPANAN MAKANAN.
Pembalut Plastik boleh digunakan untuk menutup
makanan dalam kebanyakan resipi. Masa memasak
yang terlebih lama boleh menyebabkan pembalut
plastik berubah bentuk.
Semasa menanggalkan pembalut plastik serta
sebarang penutup kaca, berhati-hati ketika
menanggalkannya bagi mengelakkan melecur
daripada wap yang keluar.
Longgarkan plastik tetapi pastikan hidangan ditutup.
Balang dan Botol
Balang dan botol boleh digunakan untuk memanaskan
makanan pada suhu menghidang, jika penutup
ditanggalkan.
Memasak tidak boleh dilakukan di dalam bekas-bekas
ini kerana kebanyakannya tidak tahan haba untuk
masa memanaskan yang panjang, haba daripada
makanan boleh menyebabkannya retak atau pecah.
Logam
Perkakas atau peralatan memasak logam, atau yang
and
®
mempunyai tepi berlogam, TIDAK boleh digunakan di
dalam ketuhar gelombang mikro. Oleh kerana tenaga
gelombang mikro dipantul oleh logam, makanan di
dalam bekas logam tidak dimasak dengan sempurna.
Terdapat kemungkinan "pembengkokan".
Walaupun perkakas logam perlu dielakkan apabila
memasak di dalam ketuhar gelombang mikro, sesetengah
logam membantu apabila digunakan dengan betul.
Kerajang timah boleh digunakan dengan selamat jika garis panduan
tertentu dipatuhi, untuk mencegah terlebih memasak. Cebisan kecil
kerajang digunakan untuk menutup kawasan seperti kepak ayam,
hujung daging panggang atau bahagian nipis lain yang masak
sebelum seluruh resipi selesai dimasak. Pastikan kerajang
diletakkan dengan betul dan tidak menyentuh sisi ketuhar, jika tidak
pembengkokan boleh berlaku. Bekas yang disalut kerajang, sama
ada kadbod atau plastik, TIDAK boleh digunakan di dalam ketuhar
gelombang mikro kerana pembengkokan boleh berlaku.
Tali pengikat logam, sama ada disalut plastik atau kertas,
TIDAK boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang
mikro. Dulang makan malam beku boleh digunakan di
dalam ketuhar gelombang mikro, jika bekas tidak melebihi
2 cm dalam dan diisi dengan makanan. Pencucuk logam
tidak boleh digunakan di ketuhar gelombang mikro kerana
pembengkokan boleh berlaku. Pencucuk kayu yang
tersedia dapat memberikan hasil yang sama.
Cengkerang: Cengkerang bakar kekapis bagus
digunakan semasa memanas semula dan untuk
tempoh yang singkat sahaja.
Termometer tersedia untuk digunakan di dalam
ketuhar gelombang mikro. JANGAN GUNAKAN
TERMOMETER KANDI ATAU DAGING JENIS
MERKURI KONVENSIONAL di dalam makanan
semasa memasak di dalam ketuhar gelombang mikro.
Penyedut Minuman, Anyaman dan Kayu
Penyedut minuman dan bakul anyaman boleh
digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro
untuk tempoh yang singkat untuk memanaskan
kek gulung atau roti. Perkakas kayu yang
besar, seperti mangkuk atau papan pemotong
TIDAK boleh digunakan untuk pemanasan lama
kerana tenaga gelombang mikro boleh
menyebabkan kayu menjadi kering dan rapuh.
29

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents