Menggunakan Buku Panduan Kecil Ini; Maklumat Keselamatan - Samsung CE103V Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MENGGuNAkAN Buku PANduAN kEcIl INI

Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Panduan
Pemilik anda mengandungi banyak maklumat bernilai mengenai memasak
dengan ketuhar gelombang mikro anda:
• Langkah-langkah keselamatan
• Aksesori dan perkakas memasak
• Petua memasak yang berguna
Di bahagian dalam kulit buku anda akan mendapati panduan cari cepat
yang menjelaskan tiga operasi memasak yang asas:
• Memasak (mod gelombang mikro)
• Cair beku
• Menambah 30 saat lagi, jika makanan belum cukup dimasak atau
memerlukan pemanasan terlebih dahulu tambahan
Di bahagian hadapan buku panduan ini anda akan mendapati ilustrasi
ketuhar, dan lebih penting lagi panel kawalan, supaya anda boleh mencari
butang-butang dengan lebih mudah.

MAkluMAt kESElAMAtAN

• Sebelum mengendalikan alat ini, sila baca buku panduan ini dengan
teliti dan simpan ia di tempat yang selamat berdekatan dengan alat ini
untuk rujukan anda pada masa hadapan.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti
yang diterangkan di dalam buku panduan ini. Alat ini bukan untuk
digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
keupayaan fizikal, sensori atau mental yang kurang, atau tidak
berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka. Amaran dan Arahan
Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab
untuk menggunakan akal budi, berhati-hati, dan prihatin semasa
memasang, menyelenggara, dan menggunakan perkakasan anda.
• Oleh kerana arahan operasi yang berikut merangkumi pelbagai model,
ciri ketuhar gelombang mikro anda mungkin sedikit berbeza dari yang
diterangkan di dalam manual ini dan tidak semua tanda amaran boleh
digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau
dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 5
Simbol dan langkah berjaga-jaga yang penting.
Simbol yang berikut digunakan di dalam teks Manual Pemilik ini:
Amalan yang bahaya atau tidak selamat yang
boleh menyebabkan kecederaan peribadi
AMARAN
yang teruk atau kematian.
Bahaya atau amalan tidak selamat yang
menyebabkan kecederaan kecil atau
BERJAGA-JAGA
kerosakan harta benda.
Untuk mengurangkan risiko kebakaran, letupan,
kejutan elektrik, atau kecederaan diri apabila
menggunakan ketuhar gelombang mikro anda,
BERJAGA-JAGA
sila ikut langkah-langkah keselamatan asas ini.
JANGAN cuba.
JANGAN rungkas.
JANGAN sentuh.
Ikut arahan dengan jelas.
Cabut palam kuasa dari soket dinding.
Pastikan mesin dibumikan untuk mencegah
kejutan elektrik.
Hubungi pusat perkhidmatan bagi mendapatkan
bantuan.
Nota
Penting
5
09/02/2011 18:42:04

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents