Membersih Ketuhar Gelombang Mikro Anda; Menyimpan Dan Membaiki Ketuhar Gelombang Mikro Anda - Samsung CE103V Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MEMBERSIH kEtuHAR GEloMBANG MIkRo ANdA

Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut harus
dibersihkan secara tetap untuk mencegah minyak dan remah-remah
makanan daripada terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan putar dan Gelang roda
SENtIASA pastikan kedap pintu bersih dan pintu ditutup dengan betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh
mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh merosakkan
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang berbahaya.
1. Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut dan air suam yang
bersabun. Bilas dan keringkan.
2. Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam atau
pada gelang roda dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3. Untuk melonggarkan remah-remah makanan yang telah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan jus lemon yang dicampurkan
dengan air di atas pinggan putar dan panaskan selama sepuluh minit
pada kuasa maksimum.
4. Basuh pinggan yang selamat digunakan di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk apabila perlu.
JANGAN tumpahkan air di dalam bolong-bolong. JANGAN
SEkAlI-kAlI menggunakan sebarang produk yang melelaskan atau
pelarut kimia. Berhati-hati semasa membersihkan kedap pintu bagi
memastikan tiada serpihan yang:
• Terkumpul
• Mencegah pintu daripada tertutup dengan betul.
Bersihkan rongga ketuhar gelombang mikro sebaik sahaja selepas
setiap kali digunakan dengan larutan bahan cuci yang tidak begitu
kuat, tetapi biarkan ketuhar gelombang mikro sejuk dahulu sebelum
membersihkannya untuk mengelakkan kecederaan.
Arahan-arahan bagi julat memasak, hob dan ketuhar akan menyatakan
pembersih wap tidak harus digunakan.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 39
MENyIMPAN dAN MEMBAIkI kEtuHAR GEloMBANG
MIkRo ANdA
Beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah harus diambil apabila
menyimpan atau membaiki ketuhar gelombang mikro anda.
Ketuhar tidak boleh digunakan jika pintu atau kedap pintunya rosak:
• Engsel pecah
• Kedap semakin merosot prestasinya
• Bingkai ketuhar herot atau bengkok
Hanya juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan sahaja yang
boleh melakukan pembaikan.
JANGAN tanggalkan bingkai luar dari ketuhar. Jika ketuhar rosak dan
perlu diperbaiki atau anda ragu-ragu tentang keadaannya:
• Cabut palamnya dari soket dinding
• Hubungi pusat perkhidmatan selepas jualan yang terdekat
Jika anda ingin menyimpan ketuhar anda buat sementara waktu,
pilihlah tempat yang kering dan tidak berhabuk.
• Sebab : Habuk dan keadaan yang lembap boleh merosakkan
bahagian-bahagian yang berfungsi di dalam ketuhar.
39
09/02/2011 18:42:09

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents