Bagaimana Ketuhar Gelombang Mikro Berfungsi; Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Ragu-Ragu Atau Mempunyai Masalah - Samsung CE103V Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

BAGAIMANA kEtuHAR GEloMBANG MIkRo BERfuNGSI

Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik frkuensi tinggi;
tenaga yang dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan
semula tanpa mengubah bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
• Mencair beku
• Memanas semula
• Memasak
Dasar Memasak
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron dipantulkan
pada rongga ketuhar dan diagihkan dengan seragam
sementara makanan berputar di atas pinggan putar.
Dengan itu, makanan dimasak dengan rata.
2. Gelombang mikro diserap oleh makanan sehingga kira-kira 1 inci
(2,5 cm) dalamnya. Proses memasak kemudian berterusan sementara
haba dilesapkan di dalam makanan.
3. Masa-masa memasak berbeza-beza mengikut bekas yang digunakan
dan sifat-sifat makanan:
• Kuantiti dan ketumpatan
• Kandungan air
• Suhu awal (disejukkan atau tidak)
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan
haba, proses memasak berterusan walaupun apabila anda telah
mengeluarkan makanan itu dari ketuhar. Masa-masa biar yang
ditentukan dalam resepi-resepi dan di dalam buku panduan ini oleh itu,
hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
• Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah
• Suhu yang sama pada seluruh makanan
APA yANG PERlu dIlAkukAN JIkA ANdA RAGu-
RAGu AtAu MEMPuNyAI MASAlAH
Membiasakan diri dengan sesuatu alat baru selalunya agak mengambil
masa. Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di
bawah, cuba penyelesaian yang diberikan. Ia mungkin menjimatkan masa
dan tidak menyukarkan anda berbanding jika anda membuat panggilan
servis yang tidak perlu.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 14
Berikut adalah perkara yang biasa berlaku:
• Pemeluwapan di dalam ketuhar
• Aliran udara di sekitar pintu dan bingkai luar
• Pantulan cahaya di sekitar pintu dan bingkai luar
• Wap keluar dari sekitar pintu atau lubang
Makanan tidak masak langsung
• Sudahkan anda menetapkan pemasa dengan betul dan tekan butang
Mula ( ) ?
• Adakah pintu ditutup?
• Adakah sirkit elektrik anda mempunyai beban berlebihan dan
menyebabkan fius terbakar atau menyebabkan pemutus terpasang.
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak
• Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan untuk jenis
makanan itu?
• Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
Percikan bunga api dan bunyi meletup-letup berlaku di dalam ketuhar
(pengarkaan)
• Adakah anda menggunakan bekas yang mempunyai perapi logam?
• Adakah anda tertinggal garpu atau perkakas logam yang lain di dalam ketuhar?
• Adakah kerajang aluminium terlalu hampir dengan dinding bahagian dalam?
Ketuhar menyebabkan gangguan pada radio dan televisyen
• Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen atau radio apabila
ketuhar sedang beroperasi. Ini adalah perkara biasa.
• Penyelesaian: pasang ketuhar jauh dari televisyen, radio dan aerial.
• Jika gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan boleh
dilaras semula.
• Penyelesaian: Cabut palam kuasa dan sambungkan ia semula.
Laraskan semula masa.
"E-24" mesej menunjukkan
• Mesej "E-24" diaktifkan secara automatik sebelum ketuhar gelombang mikro
menjadi terlampau panas. Sekiranya mesej "E-24" diaktifkan, kemudian
tekan kekunci "Berhenti/Batal"untuk menggunakan mod pengasalan.
Jika garis panduan yang di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda,
hubungi pusat khidmat pelanggan SAMSUNG setempat anda.
Sila sediakan maklumat yang berikut:
• Nombor model dan nombor siri, biasanya dicetak di bahagian belakang ketuhar.
• Butiran waranti anda
• Perihalan jelas mengenai masalah tersebut.
Kemudian hubungi wakil penjual setempat anda atau khidmat selepas
jualan SAMSUNG.
14
09/02/2011 18:42:05

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents