Samsung CE103V Owner's Instructions & Cooking Manual page 8

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
AMARAN : Apabila perkakas digunakan di dalam mod kombinasi,
kanak-kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah
pengawasan orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Perkakas tidak harus digunakan oleh kanak-kanak atau orang dengan
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan arahan dan pengawasan.
AMARAN : Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi panas
semasa digunakan. Bagi mengelakkan terbakar kanak-kanak harus dijauhkan.
AMARAN : Pastikan perkakas dimatikan sebelum menggantikan lampu
bagi mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia
sedang beroperasi.
- Memasang semula palam kuasa pada soket dinding boleh menyebabkan
bunga api dan menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jauhkan semua bahan pembungkusan dari kanak-kanak, kerana
bahan pembungkusan boleh jadi berbahaya kepada kanak-kanak.
- Jika seorang kanak-kanak menyarungkan beg di atas kepalanya, ia
boleh menyebabkannya lemas.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori atau mental yang kurang,
atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka telah
diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh
orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik, luka kebakaran atau kecederaan.
Jangan sekali-kali gunakan alat ini untuk tujuan-tujuan lain daripada memasak.
- Kegagalan mengikuti arahan ini boleh menyebabkan kebakaran.
Buka bekas yang dikedap (botol bayi, botol susu, dll) dan buat satu
lubang dalam bahan makanan seperti kulit atau kacang (telur, buah
berangan, dll) dengan pisau, sebelum memasaknya.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 8
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kebakaran atau
kecederaan disebabkan bahan makanan yang pecah.
Jangan sentuh bahagian dalam alat ini sebaik sahaja tamat memasak
kerana bahagian dalam alat ini panas selepas dipanaskan bagi masa
yang lama atau memanaskan makanan yang sedikit.
- Ini boleh menyebabkan luka terbakar.
Jangan gunakan kerajang aluminium, benda logam (seperti bekas,
garpu, dll) atau bekas yang mempunyai kemasan emas atau perak.
- Ini boleh menyebabkan bunga api atau kebakaran.
Jangan panaskan plastik atau bekas kertas dan jangan gunakannya
dengan fungsi ketuhar.
- Kegagalan mengikuti arahan ini boleh menyebabkan kebakaran.
Berhati-hati agar makanan tidak bersentuhan dengan pemanas semasa
memasak makanan menggunakan ketuhar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan panaskan makanan secara berlebihan.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan panaskan makanan yang dibungkus dengan kertas seperti
majalah atau surat khabar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan gunakan atau letakkan semburan atau benda mudah terbakar
berdekatan dengan ketuhar.
- Ini boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.
Jangan buka pintu apabila makanan di dalam petak memasak sedang
terbakar.
- Jika anda membuka pintu, aliran masuk oksigen berlaku dan ini
boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan masukkan jari, bahan asing atau objek logam seperti pin atau jarum
ke dalam salur masuk, salur keluar, masukan katrij bekalan air dan bahagian
keluar, dan lubang. Jika benda asing dimasukkan ke dalam sebarang lubang
ini, cabut palam kuasa dari soket dinding dan hubungi pembekal produk
anda atau pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kecederaan.
8
09/02/2011 18:42:04

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents