Mengguna Buku Panduan Ini; Langkah-Langkah Keselamatan - Samsung M1610N Owner's Instructions Manual

Hide thumbs Also See for M1610N:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengguna Buku Panduan Ini

Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG.
Buku Panduan Pemilik ini mengandungi banyak maklumat yang
bernilai tentang cara-cara memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda.

Langkah-langkah keselamatan

Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
Panduan memasak yang berguna
Di bahagian kulit dalam anda akan menemui panduan carian segera
yang menerangkan tiga operasi memasak yang asas:
Memasak makanan
Mencair beku makanan
Menambah masa memasak
Di bahagian hadapan buku ini anda akan menemui ilustrasi ketuhar,
dan yang lebih penting lagi ialah ilustrasi panel kawalan, supaya anda
boleh mencari butang-butang dengan lebih mudah.
Prosedur langkah demi langkah menggunakan dua simbol yang
berlainan.
Penting
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO YANG
BERLEBIHAN
Jika Anda tidak memerhatikan peringatan berikut, Anda boleh terkena tenaga
microwave yang berbahaya.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba menggunakan ketuhar
dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu)
atau memasukkan apa-apa benda ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b) Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan permukaan
depan atau membiarkan makanan atau sisa-sisa bahan pencuci terkumpul
pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa
bersih dengan mengelapnya selepas digunakan, mula-mula dengan kain lembap
dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) Jangan gunakan ketuhar sekiranya ia rosak sehinggalah ia telah diperbaiki oleh
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pengeluar.
Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan
pada:
(1) Pintu, kedap pintu dan permukaan kedap
(2) Engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) Kabel kuasa
(d) Ketuhar tidak harus diperbetulkan atau diperbaiki oleh sesiapa selain daripada
juruteknik servis gelombang mikro yang berlayakan yang telah dilatih oleh
pengeluar.
Nota
Langkah-langkah Keselamatan
Petunjuk Keselamatan yang Penting.
Baca dengan cermat dan simpan untuk panduan.
Sebelum memasak makanan atau cecair di dalam ketuhar gelombang
mikro anda, sila pastikan langkah-langkah keselamatan yang berikut
diambil.
1. JANGAN gunakan apa-apa perkakas memasak logam di dalam ketuhar
gelombang mikro:
Bekas logam
Set makan malam yang mempunyai perapi emas atau perak.
Pencucuk daging, garpu, dan sebagainya.
Sebab:
Arka atau percikan api elektrik boleh berlaku dan boleh
merosakkan ketuhar.
2. JANGAN panaskan:
Botol, balang atau bekas kedap udara atau kedap vakum.
Contoh: Balang makanan bayi
Makanan kedap udara.
Contoh: Telur, kacang di dalam kulit, tomato
Sebab:
Tekanan yang meningkat boleh menyebabkannya meletup.
Panduan: Tanggalkan penutup, cucuk kulit, beg, dan lain-lain.
3. JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Sebab:
Dinding ketuhar itu boleh rosak.
Panduan: Tinggalkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa. Air itu
akan menyerap gelombang mikro sekiranya anda secara tidak
sengaja menghidupkan ketuhar itu semasa ia kosong.
4. JANGAN tutup lubang-lubang pengalihudaraan di belakang ketuhar dengan
kain atau kertas.
Sebab:
Kain atau kertas itu boleh terbakar kerana udara panas dilepaskan
dari ketuhar.
5. SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari
ketuhar.
Sebab:
Sesetengah bekas menyerap gelombang mikro dan haba sentiasa
dipindahkan daripada makanan kepada bekas. Oleh itu, bekas
menjadi panas.
6. JANGAN sentuh unsur pemanasan atau dinding bahagian dalam ketuhar.
Sebab:
Dinding-dinding inidapat menjadi panas bahkan setelah selesai
memasak, walaupun tidak kelihatan. Jangan biarkan bahan-bahan
yang mudah terbakar bersentuhan dengan mana-mana bahagian
dalam ketuhar. Biarkan ketuhar itu sejuk dahulu.
5
MA

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

M1630n

Table of Contents