Menetapkan Masa; Bagaimana Ketuhar Gelombang Mikro Berfungsi - Samsung GE83K Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MENETAPKAN MASA

Ketuhar gelombang mikro anda mempunyai jam terbina dalam. Apabila ada
bekalan elektrik, ":0", "88:88" atau "12:00" dipaparkan secara automatik pada
paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 24 jam atau 12 jam.
Anda mestilah menetapkan jam:
Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro
anda
Selepas bekalan elektrik terputus
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari
waktu musim panas kepada waktu musim sejuk dan sebaliknya.
1. Untuk memaparkan masa dalam...
notasi 24 jam.
notasi 12 jam.
Kemudian tekan butang Clock (Jam) sekali
atau dua kali.
2. Laraskan jam dengan butang h dan minit dengan
butang min.
3. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan butang
Clock (Jam) sekali lagi untuk memulakan jam.
Hasil :
Masa dipaparkan apabila anda tidak
menggunakan ketuhar gelombang
mikro.
GE83K-1_XSP_DE68-04283C-00_MS.indd 11

BAGAIMANA KETUHAR GELOMBANG MIKRO BERFUNGSI

Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik frkuensi tinggi; tenaga
yang dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula
tanpa mengubah bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
Mencair beku
Memanas semula/Memasak Segera
Memasak
Prinsip Memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
diagihkan dengan seragam apabila makanan
berputar di atas piring putar. Dengan itu, makanan
dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2,5 cm). Proses memasak
berterusan apabila haba dilesapkan di dalam
makanan.
3. Masa-masa memasak berbeza-beza mengikut
bekas yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
• Kuantiti dan ketumpatan
• Kandungan air
• Suhu awal (disejukkan atau tidak)
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan
haba, proses memasak masih berterusan walaupun anda sudah
mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang ditentukan
dalam resepi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi
memastikan:
• Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah
• Suhu yang sama pada seluruh makanan
11
10/29/2015 12:59:21 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents