Penyelesaian Masalah - ResMed AirFit F20 NV User Manual

Non-vented full face mask
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 8
Setiap minggu:
1. Menceraikan topeng. Magnet boleh dibiarkan melekat pada alat kepala
semasa pembersihan.
2. Cuci alat kepala dalam air suam dengan cecair pencuci yang lembut
menggunakan tangan.
3. Bilas alat kepala di bawah air yang mengalir. Periksa bagi memastikan
alat kepala adalah bersih dan tanpa bahan pencuci. Cuci dan bilas
sekali lagi, jika perlu.
4. Picit alat kepala untuk membuang air yang berlebihan.
5. Biarkan alat kepala kering jauh dari cahaya matahari.
Pemprosesan semula topeng antara pesakit
Proses semula topeng apabila digunakan untuk pesakit lain. Arahan
pemprosesan semula boleh didapati di ResMed.com/downloads/masks.

Penyelesaian masalah

Masalah/kemungkinan punca
Topeng tidak selesa.
Tali alat kepala terlalu ketat.
Mungkin saiz topeng yang salah.
Topeng terlalu bising.
Siku dipasang secara tidak betul
atau pemasangan sistem topeng
yang tidak betul.
Kebocoran topeng di sekeliling muka.
Membran kusyen berkedut. Topeng
diletakkan atau disesuaikan secara
tidak betul.
8
Penyelesaian
Membran kusyen direka untuk mengembung pada
muka pesakit bagi memberikan kedap yang selesa
dengan ketegangan alat kepala yang rendah.
Laraskan tali sama panjang. Pastikan tali alat
kepala tidak terlalu ketat dan kusyen tidak
berkedut.
Periksa ukuran muka pesakit berbanding templat
pemasangan topeng. Sila ambil perhatian bahawa
saiz setiap jenis topeng tidak semestinya sama.
Tanggalkan siku daripada topeng, kemudian pasang
semula mengikut arahan. Pastikan topeng dipasang
dengan betul mengikut arahan.
Pasang semula topeng mengikut arahan. Pastikan
bahawa kusyen diletakkan dengan betul pada muka
pesakit sebelum menarik alat kepala melepasi
kepala mereka. Jangan tarik topeng ke bahagian
bawah muka pesakit semasa pemasangan kerana
ini boleh menyebabkan kusyen berkedut.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents