ResMed AirFit F20 NV User Manual page 323

Non-vented full face mask
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 8
Membersihkan topeng di rumah
Penting untuk anda mengikuti langkah-langkah di bawah bagi memastikan
prestasi topeng yang terbaik.
AMARAN
• Sebagai sebahagian daripada penjagaan kebersihan yang baik,
sentiasa ikuti arahan pembersihan dan gunakan cecair pencuci
yang lembut. Sesetengah produk pembersihan boleh merosakkan
topeng, bahagian dan fungsinya, atau meninggalkan wap sisa
berbahaya yang boleh dihidu jika tidak dibilas dengan betul.
Jangan gunakan mesin basuh pinggan mangkuk atau mesin
basuh untuk membersihkan topeng.
• Bersihkan topeng dan komponennya dengan kerap untuk
mengekalkan kualiti topeng dan bagi menghalang pertumbuhan
kuman yang boleh menjejaskan kesihatan pesakit.
AWAS
Kriteria visual untuk pemeriksaan produk: Jika sebarang
kemerosotan komponen sistem kelihatan (kerekahan, perubahan
warna, koyak dan sebagainya), komponen tersebut perlu dibuang
dan diganti.
Selepas setiap penggunaan/Setiap hari:
1. Ceraikan topeng mengikut arahan penceraian.
2. Bilas bingkai, siku dan kusyen di bawah air yang mengalir. Bersihkan
dengan berus lembut sehingga kotoran dikeluarkan.
3. Rendam komponen dalam air suam dengan cecair pencuci yang
lembut sekitar 10 minit.
4. Goncang komponen di dalam air.
5. Gosok bahagian bingkai di mana lengan bersambung dan di dalam
serta di luar bingkai di mana siku bersambung.
6. Bilas komponen di bawah air yang mengalir.
7. Biarkan komponen kering jauh dari cahaya matahari. Pastikan untuk
memicit lengan bingkai bagi memastikan air yang berlebihan
dikeluarkan.
Bahasa Melayu
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents