ResMed AirFit F20 NV User Manual page 321

Non-vented full face mask
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 8
Pemasangan
1. Pulas dan tarik kedua-dua klip magnet jauh dari bingkai.
2. Pastikan logo ResMed pada alat kepala menghadap ke luar dan tegak.
Dengan kedua-dua tali alat kepala bahagian bawah dilepaskan, pegang
topeng pada muka pesakit dan tarik alat kepala melepasi kepala
mereka.
3. Bawa tali bahagian bawah ke bawah telinga pesakit dan lekatkan klip
magnet pada bingkai.
4. Buka tab pengancing pada tali alat kepala bahagian atas. Tarik tali
sama panjang sehingga topeng stabil dan pada kedudukan seperti
yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Pasangkan semula tab pengancing.
5. Buka tab pengancing di tali alat kepala bahagian bawah. Tarik tali sama
panjang sehingga topeng stabil dan berada dengan selesa pada dagu.
Pasangkan semula tab pengancing.
6. Sambungkan tiub udara peranti kepada siku. Sambungkan siku ke
topeng dengan menolak siku ke dalam bingkai, pastikan ia melekap
dan dipasang dengan ketat.
7. Topeng dan alat kepala harus diletakkan seperti yang ditunjukkan
dalam ilustrasi.
Pelarasan
Jika perlu, sesuaikan sedikit kedudukan topeng bagi pemasangan yang
paling selesa. Pastikan kusyen tidak berkedut dan alat kepala tidak
berpintal.
1. Hidupkan peranti pesakit supaya menghembuskan udara.
Panduan pelarasan:
Dengan tekanan udara digunakan, tarik topeng daripada muka
pesakit bagi membolehkan kusyen mengembung dan letakkan
semula pada muka mereka.
Bagi mengatasi sebarang kebocoran di bahagian atas topeng,
sesuaikan tali alat kepala bahagian atas. Bagi bahagian bawah,
sesuaikan tali alat kepala bahagian bawah.
Laraskan hanya secukupnya untuk kedap yang selesa. Jangan
terlalu ketat kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Bahasa Melayu
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents