Penyimpanan; Penyelesaian Masalah - Bosch MUM59 GB Series Instruction Manual

Universal kitchen machine
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

■ Cabut palam sesalur.
■ Lapkan unit asas dan penutup pemacu
dengan kain lembap. Jika perlu, gunakan
sedikit detergen.
■ Kemudian keringkan unit asas.
Membersihkan mangkuk dan alat
Mangkuk dan alat adalah kalis pembasuh
pinggan mangkuk. Jangan menghimpit
bahagian-bahagian plastik dalam pembasuh
pinggan mangkuk, kerana ia boleh terubah
bentuk secara kekal semasa proses cucian!
Membersihkan pemayang suapan
berterusan
Semua bahagian pemayang suapan
berterusan adalah kalis pembasuh pinggan
mangkuk.
Petua: Untuk menghilangkan saput merah
selepas memproses misalnya lobak
merah, tuangkan sedikit minyak masak
pada kain dan gosok saput daripada
pemayang suapan berterusan (bukan cakera
pemotong). Kemudian bilas pemayang
suapan berterusan.
Membersihkan pengadun
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh bilah pengadun dengan
tangan terdedah.
Jag pengadun, tudung dan corong adalah
tahan mesin basuh pinggan mangkuk.
Petua: Selepas memproses cecair,
selalunya telah memadai, dengan
hanya membersihkan pengadun tanpa
menanggalkannya daripada peralatan.
Tuangkan 700 ml air dengan setitis bahan
pencuci pinggan mangkuk ke dalam
pengadun yang dipasang. Hidupkan
pengadun selama kira-kira 1 minit (tahap 7).
Buangkan campuran pembersih dan bilas
pengadun dengan air biasa.
Maklumat penting
Jika perlu, bersihkan beg aksesori. Ikuti
arahan penjagaan dalam beg ini.

Penyimpanan

W Risiko kecederaan!
Apabila perkakas ini tidak digunakan, tarik
keluar palam sesalur.
Rajah K:
■ Simpan alat dan cakera pemotong dalam
beg aksesori.
■ Simpan beg aksesori dalam mangkuk.

Penyelesaian masalah

W Risiko kecederaan!
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar
palam sesalur.
Perhatian:
Penunjuk Kendalian berkelip jika perkakas
telah dikendalikan secara tidak betul atau
fius elektronik telah terbelantik atau perkakas
rosak.
Lengan pengayun putar mesti dikenakan
dalam setiap kedudukan pengendalian.
Pada mulanya cuba selesaikan masalah
yang telah berlaku dengan bantuan
maklumat yang berikut.
Penyelesaian masalah
Perkakas tidak boleh dihidupkan.
Tindakan pemulihan
■ Periksa bekalan kuasa.
■ Periksa palam sesalur.
■ Periksa lengan pengayun.
Kedudukan betul? Terkancing?
■ Skrukan pengadun atau mangkuk
setakat mana yang boleh.
■ Pasang penutup pengadun dan skrukan
setakat mana yang boleh.
■ Pasang penutup pemacu kepada
pemacu yang tidak digunakan.
■ Kunci keselamatan adalah aktif. Matikan
perkakas kepada 0/off dan kemudian
kembali kepada pengesetan yang
dikehendaki.
Penyelesaian masalah
Perkakas dimatikan semasa penggunaan.
Ciri perlindungan beban lampau telah
diaktifkan. Terlalu banyak makanan diproses
pada satu-satu masa.
Penyimpanan
ms
31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents