Samsung MC35J8088 Series User Manual page 59

Hide thumbs Also See for MC35J8088 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Cepat & Mudah
Mencairkan mentega
Letakkan 50 g mentega di dalam bekas kaca
kecil yang dalam. Tutup dengan penutup plastik.
Panaskan selama 30-40 saat menggunakan
900 W, sehingga mentega cair.
Mencairkan coklat
Letakkan 100 g coklat di dalam bekas kaca
kecil yang dalam. Panaskan selama 3-5 minit,
menggunakan 450 W sehingga coklat cair. Kacau
sekali atau dua kali semasa mencairkan. Gunakan
sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Mencairkan madu batu
Letakkan 20 g madu batu di dalam bekas kaca
kecil yang dalam. Panaskan selama 20-30 saat
menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
Mencairkan gelatin
Letakkan kepingan-kepingan gelatin kering
(10 g) selama 5 minit dalam air sejuk. Letakkan
gelatin yang telah dikeringkan di dalam mangkuk
pyrex kaca yang kecil. Panaskan selama 1 minit
menggunakan 300 W. Kacau selepas cair.
Memasak gerlis/aising (untuk kek dan gateaux)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan
40 g gula dan 250 ml air sejuk.
Masak tanpa ditutup dalam mangkuk pyrex
kaca selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan
900 W, sehingga gerlis/aising menjadi lutsinar.
Kacau dua kali semasa memasak.
MC35J8088LT_SP_DE68-04321J-01_MS.indd 59
Memasak jem
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri
campur) di dalam mangkuk pyrex kaca bertutup
yang sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula
penjeruk dan kacau rata. Masak bertutup selama
10-12 minit menggunakan 900 W. Kacau rata
beberapa kali semasa memasak. Letakkan
langsung ke dalam gelas jem yang kecil dengan
penutup putar. Biarkan pada penutup selama
5 minit.
Memasak puding
Campurkan serbuk puding dengan gula dan
susu (500 ml) dengan mengikut arahan pembuat
dan kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca
bertutup yang sesuai saiznya. Masak bertutup
selama 6½ hingga 7½ minit menggunakan
900 W. Kacau rata beberapa kali semasa
memasak.
Memerangkan hirisan badam
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan
rata di atas pinggan seramik bersaiz sederhana.
Kacau beberapa kali semasa memerangkan
selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan
600 W. Biarkan ia selama 2-3 minit di dalam
ketuhar. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa
mengeluarkan!
Bahasa Melayu 59
3/19/2015 9:51:37 AM

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mc35j8088lt/sp

Table of Contents